20 Disember 2010

tips hindari penyakit agar dapat berfesbuk 24 jam!

hai~ dah abis juak cta galang tek... Alhamdulillah.. abis juak akhir nya.. dari Qis  bruk lahir, smpe nya dah dara, abis juak akhirnya~  tapi sedikit mintak puji jak cerita ya. bencik aku~ ending yang boleh diramal oleh biak tadika..

apa aku mok cerita o.. kawan aku cakap, mun nak update blog, update lah pasal isu semasa... tapi aku rasa isu semasa ya banyak nak pasal poret2 hal orang jak. malas. lak kenyang makan daging sedara sendiri..n aku.   (macam kenal jak ayat)

tapi, bagi aku, better kongsi perkara berguna lah ngan kawan-kawan.. aku pernah terbca sigek artikel tok, yakni

TIPS MENGHINDARI PENYAKIT




MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang. yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.



PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.



PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.



PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat. 



KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit.


credit: tok wan 
suka baca perkongsian ilmu dari tok wan tok. thanks tok wan..;)


posing lok!;) time be pegi taklimat. kenak konpident! dan cam besa. tmpt kegeraman berposing.lam keta... hihii.salam





Tiada ulasan:

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...