12 Disember 2011

Adat perkahwinan Melayu Brunei Limbang Lawas


hai~ apa kabar? welkem lah ke Pelangi Mentari Official Blog yang baru! bajet2  cute! fuh~




musim cuti sekolah hujung2 tahun cemtok, ofcos, tiba musim "mengawan" oh.. i mean, musim orang kawen2.. kurang pasti lah kenak orang suka pilih kawen time cuti sekolah. nak padah suma orang malaysia tok suma kerja cikgu sik juak, nak padah orang yang kawen ya biak sekolah... ehh. melampau, kecik2 gik skolah nak kawen? ntah... aku pun heran. mungkin musim yang menentukan segala. or musim tengkujuh hujan?errrr~

okeh.. act aku  mok cerita lah pasal cerita yang di tulis oleh anak buah ku sofea, pasal adat perkahwinan melayu brunei yan aku rasa sangat unik dari adat sidak2 negeri lain. termasuk lah lain dari budaya orang area miri bintulu kawen. (if i not mistaken). act, adat kawen camya, memang stail cdak limbang, lawas juak..


jum~ baca:D

OK.  Adat perkahwinan Melayu Brunei.  Setelah sepasang kekasih ditunangkan, yang pastinya adat 'Antar Berian'(Hantar Berian) diadakan terlebih dahulu.  Biasanya, dulang hantaran normal adalah sekitar 15-30 dulang dari pihak perempuan, dan 6-15 dulang dari pihak lelaki.  Tapi, semakin lama, hantaran dulang dari pihak perempuan semakin banyak.  Berdasarkan pe

ngalaman aku lah, hantaran dulang dari pihak perempuan sekarang biasanya 30-50 untuk pihak lelaki.  Tetapi, ada juga yang pernah mencecah 89 dulang (rekod di kampungku kalau tak silap)...  Beberapa tahun yang lepas, semasa salah seorang auntie ku melangsungkan majlis Antar Berian, pihak perempuan (kami) telah membalas sebanyak 79 dulang.  Jangan terkesima.  Ini cerita betul-betul punya.  Sepanjang majlis 'Antar Berian' diadakan, macam biasa...  Berbalas-balas pantun hingga letih.  Hahah...  Berdasarkan pengalaman OK.  Majlis Antar Berian ni diadakan sebelum menjelang hari pernikahan/perkahwinan.  Tak kira setahun sebelum kahwin ke, sebulan sebelum kahwin ke, or seminggu lagi nak kahwin...  Semua tu terpulang pada pihak terbabit. Oh ya, hantaran dulu-dulu biasanya sekitar 5k.  Tapi sekarang dah UP giler!  Minyak naik beb!  Hahaha...  Perempuan pun dah educated OK! 

Ok.  Menjelang hari perkahwinan...  Sebelum menjelang hari pernikahan, keluarga pengantin akan mengadakan majlis 'Badak-badak Mandi'.  Kalau dahulu kala, biasanya adat ni dilakukan 2 minggu sebelum hari perkahwinan/pernikahan.  Tapi, zaman sekarang biasanya dilakukan 2 atau 3 hari sebelum nikah.  Why?  Sebab dulu dan sekarang berbeza.

Sejajar dengan perubahan zaman, kaum lelaki dan perempuan sama-sama bekerjaya serta kesibukan keluarga-keluarga lain membuatkan majlis 'Badak-badak Mandi' ni dilakukan lebih rapat/hampir dengan hari majlis pernikahan.  Majlis ni hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat je.  Bakal pengantin akan ditepung tawar menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah bunga melor untuk memberikan aroma yang segar dan harum.  Selesai menepung tawar, majlis 'Badak-badak Mandi' pun dimulakan.  Bakal pengantin akan dilulurkan dengan bedak tradisional (bedak sejuk) dari muka hinggalah ke kaki (seluruh tubuh badan).

Kemudian disiram menggunakan air campuran langir dan limau nipis.  Sepanjang proses 'Badak-badak Mandi' ini dilakukan, seramai 7 orang kanak-kanak kecil akan mengelilingi bakal pengantin sambil menyarung selendang yang berlainan warna dan memegang lilin kecil yang dinyalakan sehinggalah majlis tersebut selesai (aku pun pernah jadi macam budak tu dulu-dulu.  Kah kah kah).  Setelah itu, bakal pengantin akan dijaga sepenuhnya oleh 'pengangun' (mak andam) di dalam 'bilik beangun' (bilik berandam).  Tapi, pada masa kini, 'pengangun' biasanya tidak akan melakukan semua perkara.

 Sebagai contoh, tanggungjawab mengandam diserahkan kepada mak andam yang lain.  Lain-lain perkara seperti menjaga makan minum, mengajar hal ehwal berumah tangga, menjaga kesihatan pengantin supaya berseri sehingga ke jinjang pelamin, memastikan pengantin sentiasa memakai bedak sejuk dan baju putih sepanjang tempoh istiadat perkahwinan dijalankan dan seumpamanya barulah dilakukan oleh 'pengangun'.  'Pengangun' ni mempunyai peranan penting dalam membantu segala keperluan pengantin.  Kalau dulu-dulu, pengantin akan dikurung bermula dua minggu sebelum hari pernikahan.  Mungkin nak jaga seri pengantin kot.  *orang tua lebih mengerti*  OK.

Setelah itu, barulah majlis pernikahan diadakan.  Majlis pernikahan sama juga seperti yang dilakukan di mana-mana.  Mas kahwin yang normal aku dengar bagi masyarakat Melayu Brunei ni dalam sekitar rm200-300 la... Itu bagi yang menetap di Malaysia.  Kalau betul-betul kat Brunei, I'm not sure la.  Tapi, ada jugak member aku hari tu mas kahwinnya sebanyak rm500.


*hiasan, cdt pic ngan kazen ku*


Setelah pasangan selamat dinikahkan, biasanya pengantin belum dapat tidur bersama hinggalah istiadat 'Malam Bilan-bilan'.  Itu yang biasa aku tengok la...  Tapi kalau dah tak tahan tu, boleh aje.  Dah sah kan...  Just kalau boleh tahan dulu lah.  Hehe...  ok.  Stop.  Setelah bernikah, istiadat 'Malam Bebadak' pula dilakukan.  Malam Bebadak ni kalau dulu-dulu pengantin perempuan akan digendong dari bilik berangun hinggalah ke pelaminan dan didudukkan di atas hamparan tikar khas yang biasanya diperbuat daripada kain baldu yang bertenun benang emas.  Bentuknya adalah segi empat tepat.

Tapi, sekarang atas kerusi pengantin pun boleh...  4 batang lilin (biasanya lilin kuning besar) akan diletakkan sekitar penjuru pelamin.  Aku pun heran apa fungsi lilin ni sebenarnya... So aku pernah tanya orang tua kampungku tentang fungsi lilin tersebut.  Rupanya, fungsi lilin tu mengikut cerita orang tua tersebut adalah untuk menerangi kawasan pelamin dahulu kala kerana dulu takde bekalan elektrik.  Oleh itu, kebiasaan itu terbawa-bawa dan menjadi adat hingga sekarang.  Hehehe...  Rasional jugak kan.  OK.  Setelah pengantin duduk di pelaminan, istiadat 'membadaki' dimulakan.  'Malam Bebadak' ni serupa dengan istiadat 'Badak-badak Mandi'.  Cuma, 'Malam bebadak' menggunakan bedak tradisional yang diwarnakan kepada 7 warna dan diletakkan dalam bekas tradisional.  Para tetamu akan 'menculiki'(menepung tawar) semua jenis warna bedak tradisonal itu ke tangan pengantin diiringi zikir marhaban.  Menurut kebiasaan, tetamu yang menepung tawar akan diberikan cenderahati setiap seorang.
Selepas istiadat 'Malam Bebadak', keesokannya (biasanya hari Sabtu, menjelang hari bersanding hari Ahad) akan diadakan lagi majlis 'Malam Bepacar'(Malam Berinai).  Malam tersebut, pengantin akan duduk di pelamin lagi dan tetamu yang hadir akan 'menculiki'(mencalit) sedikit inai ke tapak tangan pengantin.  Kebiasaannya, pada malam bepacar inilah aktiviti hiburan dilakukan seperti 'gambus'(seperti live band), Bermukun or lain-lain mengikut citarasa keluarga pengantin.  Setelah itu, pengantin akan diinai di dalam bilik di setiap jari dan tapak tangan serta kaki menggunakan inai yang dibuat sendiri.  Pada hari ini, inai yang bercorak turut menjadi pilihan kerana kelihatan cantik di tangan.


*hiasan, credit pic nan kazen ku*

Seterusnya, keesokannya(biasa hari Ahad) barulah istiadat Bersanding akan diadakan.  Sebelum pengantin perempuan keluar untuk bersanding, pengantin akan dililiti dengan benang yang pelbagai warna kemudian dibakar sumbu benang tersebut, lantas pengantin perempuan akan meniupnya sehingga api padam.  Aku tak tau la benda ni masih diamalkan atau tak, tapi time aku kecil-kecil, selalu tengok benda ni.  Lepas tu, barulah pengantin perempuan dibawa ke pelamin untuk menunggu kedatangan pengantin lelaki.  Pengantin lelaki akan diarak dari suatu tempat hinggalah ke pelamin dengan paluan kompang, bunga lilin, dan rombongan.  Setelah itu, sebelum disandingkan pengantin lelaki akan dibawa membuat pusingan kecil sebanyak 3 kali dan seterusnya ditabur sedikit campuran bunga, tapi akan dihalang sedikit menggunakan kipas pengantin supaya bunga tersebut tidak terlalu kena pada wajah lelaki.  Selepas itu, pengantin lelaki akan menyentuh bahu dan kepala pengantin bermula dari kanan (yang ini aku tak tau apa benda).  Pastu, bacaan doa dilakukan, barulah pasangan pengantin/mempelai tersebut betul-betul bersanding.

Sebelah malam setelah hari Bersanding, majlis 'Malam Bilan-bilan'(memotong kek) pula dilakukan di rumah pengantin perempuan.  Kalau dulu-dulu, aku tak tau macamna situasi majlis tersebut.  Tapi kalau zaman ni, pengantin akan mengenakan busana English style (aku rasa dulu-dulu pun sama - Pengaruh penjajah kot).  Malam tersebut pasangan pengantin sudah boleh tidur bersama.

*malam bilan2* credit pic ngan kazen ku

Majlis terakhir, 'balik 3 hari'(menyambut menantu bagi pihak lelaki).  Majlis ni diadakan untuk menyambut menantu perempuan.  Pengantin perempuan akan dibawa pulang ke rumah pengantin lelaki dan akan disandingkan secara ringkas.  Pada masa itu, pihak pengantin lelaki akan menghadiahkan barang-barang kemas kepada pengantin perempuan(jika mampu) dan peralatan dan barang-barang dapur.

Itulah serba sedikit pengetahuanku tentang adat perkahwinan Melayu Brunei ni.  Walaupun aku berdarah Melayu Brunei(Sebelah Mama), tapi masih banyak yang aku belum tau.  Tapi adat yang aku nyatakan di atas kadang-kadang tidak dilakukan oleh semua masyarakat Melayu Brunei.  Sejajar dengan peredaran zaman juga, adat-adat yang dianggap rumit atau kurang perlu akan diketepikan atau dibuat sekadar melengkapkan adat saja.  Oh ya...  Sebelum bertunang, upacara merisik akan dilakukan.  Kalau sekiranya pengantin perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, kakak tersebut layak/mesti dihadiahkan barang kemas juga seperti cincin.  Benda ini dipanggil 'langkah bendul'.  I'm not sure la kalau tempat lain.  Tapi kalau kat tempat aku macamni.  Ada yang pernah aku dengar, kat suatu tempat tu(aku tak ingat), ada adat 'langkah sungai' la,kira tiang rumah la...  Entah aku tak pasti untuk apa hal tu.  Pastu, kalau soal korban kerbau(masyarakat Melayu Brunei lebih memilih daging kerbau daripada lembu), biasanya yang akan tumbang dalam 2-3 ekor la.  Kalau yang kurang berkemampuan tu, seekor pun cukuplaaa...

OK.  Setakat tu je la.  Bagi yang lebih mengetahui adat-istiadat perkahwinan Melayu Brunei ni, dialu-alukan berkongsi sesuatu di ruang komen.  Kalau aku ada salah informasi, sila betulkan ya... ;) 

Bagi aku la, adat perkahwinan Melayu Brunei ni terlalu mewah dan berlebihan...  Kalau tak percaya, silalah cari pure Bruneian ;)

tapi serius, aku cakap... adat camya lah memang best.. rindok hati kata orang... kerjasama ya nampak. erat hubungan...tolong menolong... kalau kat kmpg aku, kalo orang kawen, nang seminggu2 ya majlis, ya dengan karoke, ya dengan macam2 pertandingan, cabutan bertuah or wat so ever lah.. happening!!  tapi mok ingat, belanja memang besar. ermm... tapi juak, jangan jak takut2 nak tekel perempuan2 brunei, lawas limbang pastok keh. kawan aku cakap, orang limbang lawas cantek2 belaka. eh?? hahahaha.



ok aku ngakuk aku oran lawas! :p belah mak... hihihiih. 



dengan kazen2 ku yang pure original made in lawas.. eheh

*hiasan saja, credit pic to yebba pic*



memang perlu kos besar ho.... kalo ekot benar2 yang di atas. bagi aku, apa yang penting, HALAL... disahkan oleh JAIS. asal walimatul urus ya sik menyalahi agama, dilakukan sejajar dengan matlamat iaitu menghebahkan perkahwinan agar sik difitnah oleh orang, beri makan or miskin dan saudara mara, dan kawan2. ikut kemampuan.. kalau mampu, apa salah nya.. bestt mun ekot benar2 adat camya... tapi kalo sik mampu, boh lah... ala kadar...

jgn smpe dibebani hutang yg banyakkk... dan jangan dilakukan sekadar untuk tunjuk2 dan RIAK. yang penting... BAHAGIA.~ selamat berkahwin! weeeeeeeeee



PELANGI: .betul kan fakta berkenaan jika ada yang salah...........dan pastok jangan tanya kenak aku kurang minat mok kawen kat kampung aku.. hahahaha. kesian laki ku lak:))


miss rainbow~







credit to: blog MISS SOFEA FAUDZI

10 Disember 2011

Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


BORANG BR1M




PERATURAN
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak
  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;






Sila kemukakan salinan;
  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.






Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my mulai esok.





Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)



sumber dari MOF & LHDN  http://www.treasury.gov.my/ sumber 3







PELANGI: oh.. difahamkan web site untuk upload2 borang ya jemm.. nang sengaja.. cey..  sekpa, kepada siapa2 yang maok borang, sila mintak dengan aku.. lak bik. boleh fotostet. mun di fikir2 kan, sian tedah untuk orang2 yang benar2 memerlukan ya, kadang2 sidak sik tauk benda tok, ne ndak, sidak tv, apa pun sikda.. kadang2 karan pun sikda, gne nak tauk, so... jum kita bagitau kepada golongan2 ya. keh! paling bagus, isik pakey cdak.. ya lah kan, sidak ne tauk pa2.. 


bagi yang bekerja ya, boleh lah mintakkk... asal memenuhi syarat kat atas. ya hak rakyat... konon nak ambik hati rakyat.. cecececececeyy~ makasih lah.. :D selamat berhujung minggu;) bai 


(ermmm boleh ka aku mok mintak wak? hahahha)

6 November 2011

sedangkan lembu menangis, apatah lagi manusia



assalammualaikum.. oh what a day~ selamat hari raya aidiladha kepada sekalian alam.. baru jam 8.05 malam. keletihan yang terlampau. maklumlah, dari pujut ke bekenu, ke niah, tudan, lutong, pujut tg batu. dan home sweet home. ingin tidur, kuatir akan terbangun tgh malam kelak mengakibatkan insomia di tangah malam. manusia tok memang pelek.

oh hari raya aku? sekadar menyambut hari kebesaran dan kesyukuran. alhamdulillah dapat gik beraya bersama ibunda tercinta walaupun pagi2 dah emosi ntah apa kah.. hahaha. dan pegi open house kawan-kawan. terima kasih menjemput. 



ini saja yang saya ada:')

dan mok di jadikan cerita. bagi yg jahil. or lebih elok, terlupa. hari raya korban tok lah adalah hari kita umat islam memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim utk tunaikan perintah Allah dengan kesabaran nya menyembelih anak nya Nabi Ismail. sedangkan kita menangis tengok lembu yang bukan siapa2 bagi kita. apa tah lagik seorang bapa 'mengorbankan' anak nya. 

terima kasih kepada bos ku yang mengajak pergi tengok majlis korban di Masjid Muttaqin Bekenu. walaupun 1st cam sik redho jak mok pegi. dan hari tok la pertama kali aku tengok lembu kenak sembelih. serius 1st time. teruja memang teruja. di masjid bekenu tok, kalo sik silap aku, ada 13 ekok lembu kenak korban hari tok. alhamdulillah. dari tahun ke tahun semakin bertambah. menandakan kesedaran dan kemurahan rezeki kita. 


su, rin, efa. puan bos amik gmbr. heheh.muka tok la tungkus lumus mengangkat daging lembu yg berat ya. oh my~ tinggal tulang buat sup tulang jk mek3! :p



dengan anak didik... long time no see la..



time lembu-lembu ya di turun kan ke tanah, mata sidak nya seakan akan melihat kita. sayu jak mata nya. kawan aku cakap, lembu ada aek mata. aku heran. eh ada ka?? ok. aku tengok sendrik, depan2 lembu ya kenak sembelih. serius ada!! lembu ada aek mata. aek mata nya bertakung.. seakan2 redha dengan pengorbanan ya. puan bos aku cakap kelak, di akhirat lak, kita akan jumpa lembu korban kita lengkap dengan anggota nya. jgn riso. 



sebelum penyembelihan berlaku, pakcik yg tukang sembelih baca takbir, dan sebut nama orang yang polah korban.. dan ada gik la.. 
pewwitttt.. steady lah pakcik jamal! ;)


ucap alhamdulilllah (:



kalau tengok korban, plis jangan tengok pada mata lembu


sebab akan memilu kan hati dan perasaan.



akibat kejadian darah ya, sik sangka boleh suruh orang yang melihat menitiskan aek mata. orang nya adalah epa chepa. haha. serius nya nangis. heraaannn.. phl nya sedeh ndah? nya nangis, tapi nya kata;

" sik boleh nangis or kesian mun tengok lembu ya kenak sembelih, kelak sik boleh di makan daging lembu ya kelakk....."

aku... :  *heran*

1st time dengar camyaaaa... kawan2 lam fb aku pun kata. SIK BOLEH KESIAN. KELAK SIK BOLEH MAKAN..

perkara membuat aku ter etok etok. dan ter ngiang2. selamak aku hidup sik pernah dengar camya.. tengs for the info. so, aku apa lagik. tanyak terus dengan Ustaz M di tempat kejadian. di tetak nya gik ada dengan soklan cepumas aku.  nya kata..

 "aih.. ne ada... rugi lah sik makan daging ya, mun sik boleh, berik kmk, kelak kmk makan.." hahaha. ada gik la sambung nyaa... dah aku pun tanyak, mun kita KESIAN? 

"boleh kesian... kesian tok lumrah fitrah kita manusia.. yang penting redha, ikhlas, dan syukur... "


ok ya jawapan ustaz sorang. aku sik puas hati. aku tanyak gik ustad nak sorang ya...tetak juak nya.
nang k tetak jak soklan ya. hahaha
"boleh makan.... sik da nas2 yang padah camya.. memang manusia ada sifat kesian camya.. "

aku : errr... konfius. plis...

tapi ya lah kan, jangan lah padah kesian, kita ucapkan alhamdulillah dan berzikir.. 


FYI~

Cara pembahagian daging korban. sik boleh bagi2 sebarang tau~

1) satu bahagian utk di makan oleh dirinya dan ahli keluarga
2) satu bahagian disedekahkan kepada fakir miskin
3) satu bahagian dijadikan hadiah rakan, jiran, atau siapa2 sekalipun mereka yang kaya

paling afdal sedekah kan kesemua daging kepada fakir miskin, dan diambil sedikit sahaja utk diri nya dan org2 yang lain. dan afdal jika kita memakan hati lembu korban. 

okeh sambung cerita tek. jauh perjalanan mekorang haritok. balit dari bekenu, singgah ke masjid Ajjabar Niah. ambik daging korban utk di agih ke rumah fakir miskin. oh my Allah.. dah hujan lebat. pakej angin ribut petir aku, puan bos, efa, dan rin redah. all ladies. orang rumah aku asyik2 mesej, call tanyak cne. apa, nya kau ingat aku tok jalan kaki? pakey kereta la.. sik perlu di riso.



ada lah dalam beratus kilo mok di hantar dari rumah ke rumah. dah la hari yang gelap, hujan. plus ribut. sabar jak la.. alhamdulillah. ada lebih kurang 10 fakir miskin dapat daging korban. ya lah kan, orang susah, jarang nak merasa makan daging, sekali berik, ada dalam 7 kilo seorang..boley makan sebulan ya makcik... 


makcik pakcik tersenyum gembira dan syukur. berbaloi rasa kenebesan ribut, kepeningan dengan bau lembu, kelenguhan angkat puluh2 daging ke rumah dengan tengok senyuman dan ucapan terima kasih sidak... =') torang patut rasa camya tau~

seperkara, time2 ribut ujan camtok, memang patut ke rumah sidak yang kurang mampu ya. aku masih ingat2 muka beliang2, nebes sorang makcik tok tadik, nya padah.. time ribut2 camtok sik senang hati nya sebab takut rumah nya kenak timpak pokok. dah la pondok kecik. yang tinggal cya orang tua ya ngan cucu nya. apa lah jadi kalau rumah sidak roboh. ya Allah.  lindungi lah sidak nya. kalau aku badang, nang dah aku cabut pokok tepi rumah sidak nya. huh~ 


ok lah. rasa kurang menyihatkan jak badan tok. maybe kenak hujan tek.. masa untuk rehat. akhir kata, jangan salah erti kan ayat KORBAN. berkorban ke jalan yang diredhai Allah.





Pelangi: korban perasaan  boleh?








lagi pasal  LEMBU...  klik CTOK 
jangan cakap lembu bodoh ok??.





3 November 2011

saya pakai jilbab bukan kerana mimpi kiamat...




credit:kakifacebook.com
oh. pic lamak, maybe korang pernah tengok. saja aku mengimbau kembali pic tok.

camya lah orang kita... nak padah jahil, jaik glak bunyik.. padah keliru jak lah. 


sekadar intro.. oh hai~ isu bertudung semakin berleluasa.. alhamdulillah.. ramey orang kinek dah bertudung. leh tengok la artis. ikon kita. ya di ekot torang nak.. orang cakap, bertudung bertambah cantek.. benar. cantek.  coba tengok..atis kita tok..


oh irma hasmi~ kalau aku lelaki, aku pasti terpikat.. aw~;)


oh diana amir... errr,, siyes terkejut... siyes pompuan tok seksi giler,nyampah aku tengok dalam ceta aku masih dara ya.. tang tetiba... pakey tudung..  



Siti Nordiana..


(jgn cakap "ala... dah sik glemer, baru nak tobat...")
ya orang kinek, orang k tudung di anok..^_^'



bak kata ustaz tok, "mereka-mereka ini sudah kembali kepada agama" =)



sebenar nya, pendapat aku..  seseorang yang ambik keputusan ber jilbab tok, kadang-kadang lebih didorong kepada banyak situasi yang bermacam-macam.. ayat nak lebih kepada terus terang aku la, sik ikhlas. ada banyak SEBAB/FAKTOR yang aku tengok yang mendorong seseorang ya kembali kepada agama:

1) berkahwin
- suami cakap, lepas kahwin, boleh ayang pakey tudung? OK. cantek untuk suami lah~ 

2) rambut banyak uban/ gugur
- orang tok dah banyak kali dai rambut kaler itam, sik juak hilang2 uban. dah ya, yang gugur rambut, sik mampu pulak mala treatment gi Yun Nam care... 

3) Dipaksa oleh ibu/bapa
- "mak bapak aku akan marah kalau aku sik pakey tudung, ya aku pakey, jaga nama cdak juak.." gara2 bapak imam kampung juak tek nak... 

4) rambut sik cantek/salah gunting
- tukang gunting adalah pekerja baru sehari bekerja, dan rambut salah gunting

5) faktor pekerjaan
- tempat kerja memestikan/mewajibkan pakai tudung. oh. have to. demi masa depan~

6) fesyen tudung semakin menarik
- lihat di sana sini, banyak macam fesyen tudung tercipta. setayel tudung hana tajima la, setayel yuna la..setayel wardina la..setayel heliza la... setayel wahida la  (pakey purdah) ohh.. byk laaa... tudung macam2.. tabik lah dengan fenomena camya.. 
akibat dan kesan daripada fesyen yg menjadik jadik ya?? :


:) ramey peniaga tudung tumbuh macam cendawan masak sup!
:) pekerja yg sik cukup makan gaji ada income lain, jual tudung, pin.. oh. dan sebagainya. 
:) peniaga reben pun lihaiii ooo~
:) abang tambi tersenyum lebar =)
:) RAMAI YANG RASA SETAYEL, DAN TERGERAK HATI PAKEY TUDUNG
(benda ya berbalik pada faktor di atas. heheheh)



7) sebab sedar dirik dah tua
- setat bertaubat. maigos~

8) orang luar yang tegur
- kadang, orang tegur2 kita marah.. ada juak malu... ada juak makan tegur, ada juak cakap, insyaallah.. nanti. 

9) tutup "kemaksiatan"
- tutup LOVE BITE. keji!!!



sebenarnya, FAKTOR/SEBAB di atas sememang nya PERLU dan PENTING untuk membukak hati kita pelahan2 untuk kembali kepada agama.. memang lah 1st cam sik ikhlas, lama2, kita akan sedar bahawa menutup aurat ya adalah salah satu lambang kita sebagai islam kan.

contoh, macam pengalaman aku, dolok, zaman jahiliah aku.. rasa kacak tek, rambut macam-macam pesen...tiap 2,3 bulan genti tukar pesen rambut.  rambut panjang, curl kat bawah la, skuay la ala2 orang korea. siap ada rambut depan gik ya... tapi alhamdulillah, sik sampey kaler rambut. mun sik, lelah aku botakkan rambut ku time bertobat camtok.. hahahah~ 

ok sambung cerita, nang sengsara jaga rambut. lebeh2 gik time rambut curl.. banyak pantang larang. sik boleh sisir, kenak salu letak krim rambut lah.. apa la... nak letak ya, letak tok...adoii~ membazirrrr...

time tengok cerita soffiya tv3 ya, siyes time tengok rambut si fiona, (izara aishah) ya.. tiba2 rindu pulak dengan rambut camya dolok.. ..;) *mengucap panjang* . bukan perasan cantek macam izara, ok? suka tgok rambut nya jak.. 




cantek bah nya kan...untung jadi orang cantek. lagi cantek pakai jilbab:p





okeh sambung lagik cerita.
ya lah kan... time zaman jahiliah ya, kadang pakey tudung, kadang sik pakey.. bukak, tutup.. bukak tutup..masuk angin jak kerja mun camyaaa..

dan, one day.. aku bercadang.. cey bercadang ndah.. nekad. AKU MESTI PAKEY TUDUNG JAK. sik boleh bukak tutup gik. apa guna bertudung camya... 

mok tauk sebab?? ya, salah satu sebab di atas.. hihihihi. *ketawa kecil*

salah satu sebab. rujuk SEBAB ke 5, ya paling lahhhh.... faktor pekerjaan.. ya lah kan.. keja di sesebuah organisasi, kena la jaga nama baik organisasi dan diri. macam dolok, mula-mula kerja di tempat kerja ya, nang entingal kata orang, pegi kerja jak pakey tudung. di luar sik. 

tapi mok tauk, aku ke cne-cne pun sik aman dan tenang. ya lah kan, pekerjaan aku ya dolok, aku rasa femes, sebab seluruh pekerja islam di miri tok kenal aku.bunyi macam rasa femes. biasa, kerja marketing saham akhirat. kalau kita sik show dirik kita tok bagus, orang sik kan konfiden dengan produk akhirat kita. benda ya aku fikir juak. 

serius camya. so di cya, cne-cne aku aku pergi, tang ada2 jumpa customer or rakan sekerja terutama officemate aku. kalau dah terserempak ya, gila NEBES GILA lalu2..muka pucat, lom gik jadi mayat ya... apa yang aku buat:

- polah2 sik kenal, sambil polah2 gemok.
- bertapok
- lariiiiiiiiiiiiii. run for ur life
- sik sempat lari, KENAK CUBIT! diiringi ayat:
"ne tuju tudung?? angin kuat glak kah nerbang tudung???"


hahaaha
siyes kenangan jahiliah!
ke cne-cne pun hati sik tenang, mata meliar tengok kanan kiri.
biasa orang polah salah... 

sekarang alhamdulillah... berjalan dan bersiar-siar sambil bersiul-siul dengan hati yang tenang. siap tegur orang lagik ya kalau terserempak. kinek, kalau sik pakey tudung kalau keluar seakan-akan sik berbaju. berbogel. lain glak2 rasa........... rasa sik da hidong ada juakkk...

selain sebab ya, ada lah.. pada suatu hari, ada rakan FB, ntah aku pun sik kenal.. nya tgok aku bukak tutup tudung, sow gik lam fb.. cara nya tegur aku ya sangat berhemah.. cara nya menegur memang iklhas. aku tauk.. bukan teguran untuk memulakan acara mengorat. so, di cya.. aku ambik la sedikit sebanyak nasihat ya. walaupun malu. hahahaha

dan ayat terakhir inbox dari seorang sahabat:



"alhamdulillah..
salam..
ai cik pelangi sehat kah??
semakin melebar sayapnya...
hihihi....thankz 2 god...
semakin hari semakin berseri...
maaf kalo msg nie menggangu..
walopon x selalu on9...
still tengok gak cik pelangi..
ALLAH betul2 dh bukak pintu hati cik pelangi...
alhamdulillah..so..in da future dont remove da NIQOB again kay??
INNALLAHHA MA"ANA..

syukran :')


dan suka tengok tudung heliza tok. setayel dan menutup segala2 aurat... tapi nya jual gila mahalll.. ada ka rega tudung RM160 sigek? mati kejaaa... kak ija... jual murah ckit boleh???;)


oh ya, kinek tok kecoh pasal tudung yuna yang menyerupai sustar paderi kristian perempuan ya.. kesian YUNA. mok tauk apa kata ustaz tok?

   



ustaz ya cakap..


"pahal kira yang pakai tudung tu? selagi mana dia nak bertudung pun, pakailah macam mana pun. kenapa tak tegur yang tak bertudung tu? itu tanda orang hari ini dah hilang fokus tak tahu yg mana jadi keutamaan.."



*no komen*




merujuk tajuk di atas, act ayat Marshanda yang pelakon indon ya.. nya kata...

"Saya Pakai Jilbab Buka Karena Mimpi Kiamat"

marshanda pun ada SEBAB nya pakai jilbab. boleh baca kat blog nya di CTOK

Marshanda pun dah pakey tudung tau~ anda bila lagi?



 


lastly,

Pelangi: jangan jadikan tudung sebagai kalis dosa. jaga adab nama nama baik orang bertudung, jangan kerana marah kan nyamuk, lipas di bunuh.. eh.. cam ya ka? hahaha.
jaga diri, keluarga, dan agama. insyaallah. selamat bahagia dunia akhirat.

*juga ingatkan diri sendiri. aku bukan nabi* 





24 Oktober 2011

perasaan paling bahagiak dalam hidup!



sekda modal


bai~;D

wajah monday


PELANGI: lamakdahsikgambarsyoksendiricamtok.
aw~

23 Oktober 2011

surat putus cinta... sedeh tau~ :'(



PUTUS CINTA ka? jum baca tok... serius menyubat luka. dan mungkin sik jadi putus :p





Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.

Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.

Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu.. 



Pelangi: gila ayat ya!! part "menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah". hahah :D btw, blog aliifcullen memang hot!! 



*iklan*
^_^'

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...