6 Disember 2013

25 September 2012

Rainbow Cheese

sena nya aku sik tauk panama kek tok. hentam ku jak lah nama ya. hehe


Bahan-bahan nya:


*bahan wajib*


1. Tartura Cheese. (cheese kdak hantu pucong ya) = 2 pack


- kalau kat semenanjung, mmg ssh carik tantura tok.. boleh diganti dgn cheese philadephia 2 pack. ya mahal gik. sbb ya sugest pakey tantura
- biasa nya kalau kat miri ada jual di servay dan paling mudah sekali carik bahan kek kat KTS Ingredian, kira gya2 lah bunyik nya, kat area depan mega hotel, kat station teksi. semua bahan kek nang berkumpul di cya)


2. Roti Salt Cheese - 2 atau 3 peket

- biasanya aku pakai 2 bungkus jak.

3. Nestle Cream - 1 tin

4. Rainbow coklet rice (hiasan) -boleh suka suki mau letak apa atas kek

5. susu cair suam- sedikit (kalau sikda lalu2. boleh ganti air suam) panas kan kejap. kejap jak. 

6. sedikit gula. sebab hanya guna sedikit untuk bagi kemanisan kek ya. sikit jak ok

Cara-cara:

ADUNAN A

1. putar tartura, dan nestle cream. campur gula sedikit jangan banyak. ikut rasa sendiri. boleh calit sikit ke mulut untuk rasa. putar sampai kembang



2. Roti, celup kan dengan susu manis/air (suam panas) supaya kek sik keras. jangan lamak2 celup. 1 saat jak. mun roti keras, kek mudah pecah.


3. okeh, mulakan langkah membuat lapisan. lapik loyang dengan aluminium foil. bawah sekali, ratakan adunan A dengan nipis dan serata. nipis ok. nipiss 


4. Roti yang dah dicelup dengan susu cair, susun atas adunan A yang diratakan tadik. Biar penuh. jangan ada rongak. boleh patah2 kan roti untuk cukupkan space. 



5. after susun roti, sapu lagi ADUNAN A tadi. kali tok secara tebal ckit.  secukup rasa. 

6. ULANG LANGKAH 5 dan 6. sehingga 5-6 lapisan (ikut suka hati) 

7. atas sekali. taburkan coklet rice or lain2 hiasan.



8. siap, masukkan ke dalam peti sejuk beku. diulangi sejuk beku ais. biar sampai beku. kemudian keluarkan. SABAR..... jangan potong terus, sbb kalau potong terus, memang keras. biar cair ckit biarkan 10-15 minit di atas meja makan baru boleh dipotong. 

siap!!!



info: resepi boleh ubah ikut suka suki anda. cam roti ya, leh ganti dengan biskut marie yang coklet (member pernah cuba) ok juak rasa. ne lah tauk susah carik roti salt cheese ya.



dapat dari blog member ku yang encem RYO Azhar nya memang jaguhan masak2 tok. leh lah lepak cya. semua resepi nya simple dan menarik. 

or kalau mok yang ADUNAN A ya berkaler, boleh letak pewarna kegemaran. ne la tauk torang suka mok kaler2.






Miss Rainbow: fuh.. act polah nya simple. tapi budak baruk belajar mcm aku tok, memang mok penjelasan yang rumit kedak tok. kamek budak baru belajar. kek simple cemtok jak kamek pandey koh >_< 



* LAGI KEK CHEESE SIMPLE 123. TENGOK SITOK*

23 September 2012

syukur :')


TINGG!


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.



TINGG!



Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan d
isekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.



Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.



Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.



Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.



Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.



Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.




P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.




Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.











sumber


Pelangi: betul :') kdg2, syukur lebih sukar daripada sabar. Syukur Alhamdulillah.





Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...