17 Disember 2010

apa jadi dengan hidup kita mun xda fesbuk?



hai u olss..... ahaks. bencik ngan word 'uols' ya sebenarnya.. p aku guna kan lah sebab musim word ya kinek tok. aha...merujuk perkara di atas. aku selalu pk benda ya.. apa jadi dengan jidup kita seharian mun sikda fesbuk? mok tauk, be4 aku bangkit kan perkara tok sampey ke pengetahuan torang, aku rajin polah research, tanyak orang, ada juak aku pakey palak otak aku pikir benda tok. hakhakhak. bawah tok antara perkara yang akan terjadi.............................:

KERJA CEPAT!
 mungkin masing-masing akan sebok polah kerja. dan mungkin kerja yang siap untuk setangah hari masa ada facebook boleh siap dalam masa sejam.. manusia yang bergelar pekerja akan lebih memikirkan kerja apa yang belum dibuat berbanding memikirkan BELUM UPDATE STATUS dalam hari ya. kerja lebih proaktif mungkin?
PLAY HARD ya abaikan =)

FRIENDSTER/myspace/chating~ 

dll- mungkin kita maseh berpoya-poya pakey friendster or sewaktu denganya. dengan adanya FS ya, mungkin kedengaran lagu2 keluar dari profile kita, macam2 background di ubah ubah, dan mungkin kita pat tauk siapa yang dok ushar2 kita melalui "who's view ur profile"? kat cya boleh detect siapa view kita. so di cya, kita akan malu mok view orang cos orang dapat detect. oh sik best nya. kalau FB, kita boleh view sepa2 jak. sik pelu malu, gentar atau segan.yeay! selain ya, mungkin kat alam friendster kita akan dihantui oleh "virus lucah" yang tiba2 kawan kita hantar video sik senonoh. plis jangan klik. sila kawal diri anda

dan sampey kinek tok aku maseh ada FRIENDSTER. cmok buang sebab tempat ya k aku simpan gambar lamak2..semua gambar lam ya aku sik da simpan gik...dan selamat disimpan. =)


HATI TENANG
mun di ofis, sekda FB, perasaan akan jadi tenang setenang air yang sekda buaya. tapi, kalau ada fb,mun dah bos sik suruh bukak fb, tapi masih juak kenjet nak bukak, pa gik muka.............diselubungi perasaan nebes dan taku!

dan akan terjadi nya aksi BERLAKON. eksen polah busy.. la la la la.....~




BORING
mungkin muka torang macam tok mun xda facebOOk?


BAJU DIRUMAH SELAMAT DILIPAT
 anak dara pun akan rajin melipat baju, dan polah kerja-kerja rumah yg lain. (jangan jadikan aku sebagai contoh;) haha. dan hal ya akan menyenangkan orang tua di rumah dan dapat menngurangkan mak merepak. 


TANGGA TB

mun sikda apa mok polah, mesti kita akan tangga tb. sik kira cerita apa pun. dan di cya, akan terjadi pertengkaran kecik antara isi rumah akibat, berbut nak tangga chanel kesukaan. sangat bahaya perkara tok. mun ada Fb, perkara tok sik kan terjadi kerana, golongan isi rumah akan menghabiskan masa di bilit dengan ber fesbuk~selain ya, kalau dah tangga tb, tangan dah sik da polah apa-apa? , maka tercarik-carik lah makanan k masok dalam mulut kemudian ke perut. dan akibat, boleh mengGEMOKkan. kalau main fesbuk, fuhhhh~ MAKAN PUN SIK SEMPAT uolsssss~~~~~~!!! dan makhluk maybe akan makin kurus, dan sik perlu produk sliming.



BANYAK MASA UNTUK ROKOK 

tok ditujukan khas untuk perokok, dak orang bujang2.. mun dah boring, macam2 hal boleh terjadi, tok lah salah satu nya. bersigup. akibat ya, banyak, boleh mematikan awal. dan lain2. malas ku nak cakap pasal tok, lam iklan tb banyak. hak9.mun ada fb, hal yang diri nya ada lah seorang perokok tegar sejak form 1 pun nya dah lupak..... alahai


HANG OUT

gantung keluar. mun dah boring, mesti rasa nak keluar. mun dah keluar, mesti rasa nak molah gejala sosial.. lepak2 ya gik ok. order cola jak, minum smpe setengah malam ya kira biasa ahh... tapi mun dah keluar, ada2 jak gejala sosial... ya khas untuk orang yang kurang senonoh akhlak nya. ne ndak gejala sosial tak sudah dan mengakibatkan kebanyakkan karanagan SPM banyak polah tajuk "cara-cara mengatasi gejala sosial" sangat boring asyik2 tajuk nak sama. dari aku jaman skolah dulok. memang besar impak nya.


SINGLE tetap SINGLE=ANDARTU

mun dah sekda FB, xda lah pasaran k carik pasangan. orang kata. yang single tetap single..akibat, terjadinya andartu.. wa ha ha ha sbb susah carik pasangan. tapi kalau ada fb, peh~ kira macam sigek tamuk,carik2.. tawar2... add2.. kenal2, tup tup tup, "in relationship with". ada juak sik penah jumpa ya. peh. bahaya. pa ya sekadar 2,3 bulan jak. kompem. " single"  dah ya tuka. tuka tuka tuka. macam tuka chanel tv... 


TIDUR AWAL, SWEET DREAMS 
mun xda fb dalam hidup, mungkin malam kita akan lebih empuk dengan tilam dan bantal. tidur awal lah jawab nya... bangun pun awal. rehat cukup...-_-

tidur macam bayi k? ;)

PENDAPATAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI statik jak

hanya digunakan untuk call in out, SMS . kalau sekda fb, orang sik kan pasang broadband2 or steamix. mostly, orang yang pasang tenet2 tok mok layari fb jk..ya niat cdak. so, cdak digi,celkom, n maxis semua bersaing harga untuk dapatkan pasaran dan pendapatan meningkat. cey2.. sungguh ekonomi bahasa aku.dan akibat besar, cdak digi maxis celcom sik kan kelai..hihihihi mgkin akan jadi bestfriend. 


KURANGKAN PENCERAIAN/pergaduhan.

statistik menunjukkan punca penceraian kinek tok disiasat2 punca dari fesbuk. ya lah kan, kalau dah laki bini mala duduk OVER tengok FB jk kerja, bila masa mok deting? dalam meng ONline ya, genti ada sangkut2 then kelai.. then cerai. wawawa. bahaya. kalau yang ada anak ya, mesti anak terabai, kurang kaseh sayang, dan anak2 lari dari rumah. (over glak la akibat nak lari dari rumah ya..hihih) 


MENAMBAHKAN KESTRESSAN

biasanya, kalau kita dah boring, tertekan, sik dapat meluahkan apa sik puas hati dalam hati, memang menimbulkan stress dan mungkin boleh meningkatkan ahli di rumah bahagia tanjung rembutan sambil makan rambutan. 


BANYAK MAIN GAME

boleh akibatkan kelalaian yang tidak bagus. carik lah akibat main gem terlalu lama. boleh menambahkan bil elektrik dll



OKEH.~ thats it! usai sudah karangan aku. harap pat markah full lah.tapi ya lah kan, berfb tok ada baik, ada buruk nya. terpulang ngan individu yang gunakan nya. tapi aku rasa nya lebeh kepada kebaikan. 


malam-malam aktiviti aku, aku mesti temankan emal tangga upin-ipin sambil ber fesbuk kat seblah nya sampey nya tdo....:) sweet kan?



selamat malam u ollsss

1 ulasan:

Nabil Feekri berkata...

kmk sokong bena ya. haha. lawak da jak. enjoy reading ur blog. sampei lupak nak tido. okay. pastok lupak dah fb, layan belogg ktk jak. hahaha.

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...