12 Disember 2011

Adat perkahwinan Melayu Brunei Limbang Lawas


hai~ apa kabar? welkem lah ke Pelangi Mentari Official Blog yang baru! bajet2  cute! fuh~




musim cuti sekolah hujung2 tahun cemtok, ofcos, tiba musim "mengawan" oh.. i mean, musim orang kawen2.. kurang pasti lah kenak orang suka pilih kawen time cuti sekolah. nak padah suma orang malaysia tok suma kerja cikgu sik juak, nak padah orang yang kawen ya biak sekolah... ehh. melampau, kecik2 gik skolah nak kawen? ntah... aku pun heran. mungkin musim yang menentukan segala. or musim tengkujuh hujan?errrr~

okeh.. act aku  mok cerita lah pasal cerita yang di tulis oleh anak buah ku sofea, pasal adat perkahwinan melayu brunei yan aku rasa sangat unik dari adat sidak2 negeri lain. termasuk lah lain dari budaya orang area miri bintulu kawen. (if i not mistaken). act, adat kawen camya, memang stail cdak limbang, lawas juak..


jum~ baca:D

OK.  Adat perkahwinan Melayu Brunei.  Setelah sepasang kekasih ditunangkan, yang pastinya adat 'Antar Berian'(Hantar Berian) diadakan terlebih dahulu.  Biasanya, dulang hantaran normal adalah sekitar 15-30 dulang dari pihak perempuan, dan 6-15 dulang dari pihak lelaki.  Tapi, semakin lama, hantaran dulang dari pihak perempuan semakin banyak.  Berdasarkan pe

ngalaman aku lah, hantaran dulang dari pihak perempuan sekarang biasanya 30-50 untuk pihak lelaki.  Tetapi, ada juga yang pernah mencecah 89 dulang (rekod di kampungku kalau tak silap)...  Beberapa tahun yang lepas, semasa salah seorang auntie ku melangsungkan majlis Antar Berian, pihak perempuan (kami) telah membalas sebanyak 79 dulang.  Jangan terkesima.  Ini cerita betul-betul punya.  Sepanjang majlis 'Antar Berian' diadakan, macam biasa...  Berbalas-balas pantun hingga letih.  Hahah...  Berdasarkan pengalaman OK.  Majlis Antar Berian ni diadakan sebelum menjelang hari pernikahan/perkahwinan.  Tak kira setahun sebelum kahwin ke, sebulan sebelum kahwin ke, or seminggu lagi nak kahwin...  Semua tu terpulang pada pihak terbabit. Oh ya, hantaran dulu-dulu biasanya sekitar 5k.  Tapi sekarang dah UP giler!  Minyak naik beb!  Hahaha...  Perempuan pun dah educated OK! 

Ok.  Menjelang hari perkahwinan...  Sebelum menjelang hari pernikahan, keluarga pengantin akan mengadakan majlis 'Badak-badak Mandi'.  Kalau dahulu kala, biasanya adat ni dilakukan 2 minggu sebelum hari perkahwinan/pernikahan.  Tapi, zaman sekarang biasanya dilakukan 2 atau 3 hari sebelum nikah.  Why?  Sebab dulu dan sekarang berbeza.

Sejajar dengan perubahan zaman, kaum lelaki dan perempuan sama-sama bekerjaya serta kesibukan keluarga-keluarga lain membuatkan majlis 'Badak-badak Mandi' ni dilakukan lebih rapat/hampir dengan hari majlis pernikahan.  Majlis ni hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat je.  Bakal pengantin akan ditepung tawar menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung beras dan ditambah bunga melor untuk memberikan aroma yang segar dan harum.  Selesai menepung tawar, majlis 'Badak-badak Mandi' pun dimulakan.  Bakal pengantin akan dilulurkan dengan bedak tradisional (bedak sejuk) dari muka hinggalah ke kaki (seluruh tubuh badan).

Kemudian disiram menggunakan air campuran langir dan limau nipis.  Sepanjang proses 'Badak-badak Mandi' ini dilakukan, seramai 7 orang kanak-kanak kecil akan mengelilingi bakal pengantin sambil menyarung selendang yang berlainan warna dan memegang lilin kecil yang dinyalakan sehinggalah majlis tersebut selesai (aku pun pernah jadi macam budak tu dulu-dulu.  Kah kah kah).  Setelah itu, bakal pengantin akan dijaga sepenuhnya oleh 'pengangun' (mak andam) di dalam 'bilik beangun' (bilik berandam).  Tapi, pada masa kini, 'pengangun' biasanya tidak akan melakukan semua perkara.

 Sebagai contoh, tanggungjawab mengandam diserahkan kepada mak andam yang lain.  Lain-lain perkara seperti menjaga makan minum, mengajar hal ehwal berumah tangga, menjaga kesihatan pengantin supaya berseri sehingga ke jinjang pelamin, memastikan pengantin sentiasa memakai bedak sejuk dan baju putih sepanjang tempoh istiadat perkahwinan dijalankan dan seumpamanya barulah dilakukan oleh 'pengangun'.  'Pengangun' ni mempunyai peranan penting dalam membantu segala keperluan pengantin.  Kalau dulu-dulu, pengantin akan dikurung bermula dua minggu sebelum hari pernikahan.  Mungkin nak jaga seri pengantin kot.  *orang tua lebih mengerti*  OK.

Setelah itu, barulah majlis pernikahan diadakan.  Majlis pernikahan sama juga seperti yang dilakukan di mana-mana.  Mas kahwin yang normal aku dengar bagi masyarakat Melayu Brunei ni dalam sekitar rm200-300 la... Itu bagi yang menetap di Malaysia.  Kalau betul-betul kat Brunei, I'm not sure la.  Tapi, ada jugak member aku hari tu mas kahwinnya sebanyak rm500.


*hiasan, cdt pic ngan kazen ku*


Setelah pasangan selamat dinikahkan, biasanya pengantin belum dapat tidur bersama hinggalah istiadat 'Malam Bilan-bilan'.  Itu yang biasa aku tengok la...  Tapi kalau dah tak tahan tu, boleh aje.  Dah sah kan...  Just kalau boleh tahan dulu lah.  Hehe...  ok.  Stop.  Setelah bernikah, istiadat 'Malam Bebadak' pula dilakukan.  Malam Bebadak ni kalau dulu-dulu pengantin perempuan akan digendong dari bilik berangun hinggalah ke pelaminan dan didudukkan di atas hamparan tikar khas yang biasanya diperbuat daripada kain baldu yang bertenun benang emas.  Bentuknya adalah segi empat tepat.

Tapi, sekarang atas kerusi pengantin pun boleh...  4 batang lilin (biasanya lilin kuning besar) akan diletakkan sekitar penjuru pelamin.  Aku pun heran apa fungsi lilin ni sebenarnya... So aku pernah tanya orang tua kampungku tentang fungsi lilin tersebut.  Rupanya, fungsi lilin tu mengikut cerita orang tua tersebut adalah untuk menerangi kawasan pelamin dahulu kala kerana dulu takde bekalan elektrik.  Oleh itu, kebiasaan itu terbawa-bawa dan menjadi adat hingga sekarang.  Hehehe...  Rasional jugak kan.  OK.  Setelah pengantin duduk di pelaminan, istiadat 'membadaki' dimulakan.  'Malam Bebadak' ni serupa dengan istiadat 'Badak-badak Mandi'.  Cuma, 'Malam bebadak' menggunakan bedak tradisional yang diwarnakan kepada 7 warna dan diletakkan dalam bekas tradisional.  Para tetamu akan 'menculiki'(menepung tawar) semua jenis warna bedak tradisonal itu ke tangan pengantin diiringi zikir marhaban.  Menurut kebiasaan, tetamu yang menepung tawar akan diberikan cenderahati setiap seorang.
Selepas istiadat 'Malam Bebadak', keesokannya (biasanya hari Sabtu, menjelang hari bersanding hari Ahad) akan diadakan lagi majlis 'Malam Bepacar'(Malam Berinai).  Malam tersebut, pengantin akan duduk di pelamin lagi dan tetamu yang hadir akan 'menculiki'(mencalit) sedikit inai ke tapak tangan pengantin.  Kebiasaannya, pada malam bepacar inilah aktiviti hiburan dilakukan seperti 'gambus'(seperti live band), Bermukun or lain-lain mengikut citarasa keluarga pengantin.  Setelah itu, pengantin akan diinai di dalam bilik di setiap jari dan tapak tangan serta kaki menggunakan inai yang dibuat sendiri.  Pada hari ini, inai yang bercorak turut menjadi pilihan kerana kelihatan cantik di tangan.


*hiasan, credit pic nan kazen ku*

Seterusnya, keesokannya(biasa hari Ahad) barulah istiadat Bersanding akan diadakan.  Sebelum pengantin perempuan keluar untuk bersanding, pengantin akan dililiti dengan benang yang pelbagai warna kemudian dibakar sumbu benang tersebut, lantas pengantin perempuan akan meniupnya sehingga api padam.  Aku tak tau la benda ni masih diamalkan atau tak, tapi time aku kecil-kecil, selalu tengok benda ni.  Lepas tu, barulah pengantin perempuan dibawa ke pelamin untuk menunggu kedatangan pengantin lelaki.  Pengantin lelaki akan diarak dari suatu tempat hinggalah ke pelamin dengan paluan kompang, bunga lilin, dan rombongan.  Setelah itu, sebelum disandingkan pengantin lelaki akan dibawa membuat pusingan kecil sebanyak 3 kali dan seterusnya ditabur sedikit campuran bunga, tapi akan dihalang sedikit menggunakan kipas pengantin supaya bunga tersebut tidak terlalu kena pada wajah lelaki.  Selepas itu, pengantin lelaki akan menyentuh bahu dan kepala pengantin bermula dari kanan (yang ini aku tak tau apa benda).  Pastu, bacaan doa dilakukan, barulah pasangan pengantin/mempelai tersebut betul-betul bersanding.

Sebelah malam setelah hari Bersanding, majlis 'Malam Bilan-bilan'(memotong kek) pula dilakukan di rumah pengantin perempuan.  Kalau dulu-dulu, aku tak tau macamna situasi majlis tersebut.  Tapi kalau zaman ni, pengantin akan mengenakan busana English style (aku rasa dulu-dulu pun sama - Pengaruh penjajah kot).  Malam tersebut pasangan pengantin sudah boleh tidur bersama.

*malam bilan2* credit pic ngan kazen ku

Majlis terakhir, 'balik 3 hari'(menyambut menantu bagi pihak lelaki).  Majlis ni diadakan untuk menyambut menantu perempuan.  Pengantin perempuan akan dibawa pulang ke rumah pengantin lelaki dan akan disandingkan secara ringkas.  Pada masa itu, pihak pengantin lelaki akan menghadiahkan barang-barang kemas kepada pengantin perempuan(jika mampu) dan peralatan dan barang-barang dapur.

Itulah serba sedikit pengetahuanku tentang adat perkahwinan Melayu Brunei ni.  Walaupun aku berdarah Melayu Brunei(Sebelah Mama), tapi masih banyak yang aku belum tau.  Tapi adat yang aku nyatakan di atas kadang-kadang tidak dilakukan oleh semua masyarakat Melayu Brunei.  Sejajar dengan peredaran zaman juga, adat-adat yang dianggap rumit atau kurang perlu akan diketepikan atau dibuat sekadar melengkapkan adat saja.  Oh ya...  Sebelum bertunang, upacara merisik akan dilakukan.  Kalau sekiranya pengantin perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, kakak tersebut layak/mesti dihadiahkan barang kemas juga seperti cincin.  Benda ini dipanggil 'langkah bendul'.  I'm not sure la kalau tempat lain.  Tapi kalau kat tempat aku macamni.  Ada yang pernah aku dengar, kat suatu tempat tu(aku tak ingat), ada adat 'langkah sungai' la,kira tiang rumah la...  Entah aku tak pasti untuk apa hal tu.  Pastu, kalau soal korban kerbau(masyarakat Melayu Brunei lebih memilih daging kerbau daripada lembu), biasanya yang akan tumbang dalam 2-3 ekor la.  Kalau yang kurang berkemampuan tu, seekor pun cukuplaaa...

OK.  Setakat tu je la.  Bagi yang lebih mengetahui adat-istiadat perkahwinan Melayu Brunei ni, dialu-alukan berkongsi sesuatu di ruang komen.  Kalau aku ada salah informasi, sila betulkan ya... ;) 

Bagi aku la, adat perkahwinan Melayu Brunei ni terlalu mewah dan berlebihan...  Kalau tak percaya, silalah cari pure Bruneian ;)

tapi serius, aku cakap... adat camya lah memang best.. rindok hati kata orang... kerjasama ya nampak. erat hubungan...tolong menolong... kalau kat kmpg aku, kalo orang kawen, nang seminggu2 ya majlis, ya dengan karoke, ya dengan macam2 pertandingan, cabutan bertuah or wat so ever lah.. happening!!  tapi mok ingat, belanja memang besar. ermm... tapi juak, jangan jak takut2 nak tekel perempuan2 brunei, lawas limbang pastok keh. kawan aku cakap, orang limbang lawas cantek2 belaka. eh?? hahahaha.



ok aku ngakuk aku oran lawas! :p belah mak... hihihiih. 



dengan kazen2 ku yang pure original made in lawas.. eheh

*hiasan saja, credit pic to yebba pic*



memang perlu kos besar ho.... kalo ekot benar2 yang di atas. bagi aku, apa yang penting, HALAL... disahkan oleh JAIS. asal walimatul urus ya sik menyalahi agama, dilakukan sejajar dengan matlamat iaitu menghebahkan perkahwinan agar sik difitnah oleh orang, beri makan or miskin dan saudara mara, dan kawan2. ikut kemampuan.. kalau mampu, apa salah nya.. bestt mun ekot benar2 adat camya... tapi kalo sik mampu, boh lah... ala kadar...

jgn smpe dibebani hutang yg banyakkk... dan jangan dilakukan sekadar untuk tunjuk2 dan RIAK. yang penting... BAHAGIA.~ selamat berkahwin! weeeeeeeeee



PELANGI: .betul kan fakta berkenaan jika ada yang salah...........dan pastok jangan tanya kenak aku kurang minat mok kawen kat kampung aku.. hahahaha. kesian laki ku lak:))


miss rainbow~







credit to: blog MISS SOFEA FAUDZI

1 ulasan:

ida berkata...

assalamualaikum.. sy dari brunei, ingin nak share sikit mengenai malam bilan-bilan tu sebenarnya, malam berambil-ambilan... dan pada asalnya adat tersebut diadakan pada malam hari selepas hari persandingan di siang hari.. majlis berambil-ambilan sebenarnya adalah utk tatapan keluarga rapat kedua-belah pengantin, dimana majlis persandingan dibuat sekali lagi di sebelah malam. Sejarahnya adalah, masa zaman dulu selalunya kedua ibu bapa pengantin lelaki tidak ikut menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.. ye lah, untuk menjaga rumah yg ditinggalkan bila mana semua sanak saudara yg lain ikut rombongan pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan. so majlis berambil-ambilan diadakan pada sebelah malam dan khusus diadakan utk tatapan keluarga terdekat terutama dari pihak pengantin lelaki.

Dan pada majlis tersebut, keluarga pihak pengantin lelaki bukan datang dengan tangan kosong, malah membawa segala keperluan dapur, beras, gula, garam, peralatan memasak, (pokok nya apa aja benda yg terdapat di dapur akan dibawa- and off course la benda baru beli..:) kekadang ada yg membawa dapur gas,tong gas, -(bagi yg berkemampuan).. dan acara potong kek tu bukan perkara wajib..ianya hanya acara sampingan bagi yg ingin membuat acara tersebut.

terima kasih, nanti kalau ada kesempatan akan update lagi

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...