25 April 2010

maaf...saya dah berpunya:)


wahhh! tajuk yg mengemparkan dan
ngegeh jk upa!!! hahaha
tapi pelangi sik se ngegeh ya..
saja jk mOk ngesO gmbr loving couple tok...
tadik tga2 gmbr lamak.. tertga lah gmbr tok..
so sweet like pelangi....:)
gambar tok diambik time pelangi jadi krew JOm HebOh tahun 2008 kat Miri..
best giler..dapat jmpa pelakOn kesayangan!
sila jgn jeles....
bessh~

selain ya, torang pasan sik, ada sejOk2?? cam ada snow2..
heheh..saja jak ngesOw pelangi ngan kamal main snOw..
romantik sik??? :P


Love u dear kamal adli...^_^


21 April 2010

tips URAT MENGoRAT@ MENAKEL GEGERL~♥


pelangi nk share satu artikel bleh?? ;)

(●̮̮̃•̃) (●̮̮̃•̃)
/█\ ♥/█\


Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.
“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, GUA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.

Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.
Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.
“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengurat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.
“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.
“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.



Ayat Mengurat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.


tapi ada jugak ayat skema camni:

" saya mengaku saya byk kwn wanita, saya ngaku saya tak sempurna ,saya ngaku saya pernah selalu mempermainkan ati wanita.dan tujuan saya beritahu awk sume ni adalah sbb sy xnak awk dgr dr mulut org laen coz saya x pnah series gan seorang wanita pun sehinggalah saya jmp awk.saya xkan paksa awk untuk menerima saya tp apa yg ingin saya katakan adalah setiap manusia berhak mendapat peluang kedua"...

cey2..ayat tu semesti nya ayat acuan dalam nak start enjin..heheh




Selamat berhati-hati dalam mengurat..


WARNING: HATI-HATI BILA MENAKEL GADIS BERNAMA PELANGI..dia BERBAHAYA....;P



sumber:
www.gua.com.my


ADAKAH CINTA PERLU BERSEBAB??




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika

disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan

setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta
tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu...

ia boleh dirasai dalam hati."



19 April 2010

CINTA ITU BUTA KA???





Hai...apa kabar? pelangi sehat jer..heheh.. hmm... nk cite suatu yang lucu... hehe. hari tu pelangi ade baca pasal CINTA ITU BUTA.. kenapa pulak pelangi tetiba jer cakap pasal cinta? topik ni tak penah jemu dan lekang di cerita kan.. tgk jer kat fb, dalam setiap minit pasti ada status berkenaan dgn CINTA.. tak dapat dipertikai kan lagi.. ianya suatu perasan yang indah. dan suatu hari, pelangi terfikir mengenai ADAKAH CINTA ITU BUTA?? dan pelangi pun researh jugak pasal ni..shioowh.. ye lahh.. menambah kan pengetahuan.. dan pelangi nk kongsi suatu cerita mengenai word tu...



Betapa sucinya CINTA apabila perasaan itu buta...




Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"....
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "
Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal pandai Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.
Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia"

Amin: Huh??



tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "


hahahah... sungguh CALI@LUCU dan LAWAK....:)
harap-harap dapat lah iktibar dan pengetahuan pasal kebutaan cinta..haha

lastly...




sumber: joomlamalaysia.org
PELANGI MENTARI

16 April 2010

JANGAN BERBULAK!!

berbulak a.k.a berbohong..


hah..busan nya pelangi mlm ni...esok tak keje...mlm ni mesti la nk berpOya2 dgn alam maya ni... sO.. utk mgisi keboringan ini.. pelangi ber belOg la jadinya... tadi pelangi ada baca satu artikel kat iluvislam.. sangat bermanfaat utk dikongsi bersama..:)



Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyentuh hidung -
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut -
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Gagap -
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.


Pergerakan mata -
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan -
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah -
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya,

Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

sumber... ILUVISLAM.COM
laman sesawang yg pelangi suka kunjungi:)
sharing is loving..



12 April 2010

SELAMAT HARI TUA HANA!!!!

13 APRIL 2010..

BDAY BUDAK NI..

HANA NAMA NYA..
my Best Friend Forever
SEORG HEROIN TAMIL...
MASIH SINGLE
TAPI DAH BERPUNYA..SEORG HERO TAMIL JUGA...:P

*jgn marah aa...nanti kna jual~*
hahahahaah!


DAH 23 TAHUN DAH HIDUP KAN..
LOM KAWEN2 LAGI...
mOK ADIAH SIK?? tok lah adiah..bkn senang nk femeskan diri kat blog pelangi..:P

BAH~ TOK NYA..SPEACIAL UCAPAN DRI PELANGI...


ucapan dri lubuk hatiku:


"semoga di murahkan rejeki.. dapat kerja bgus, sehat sejahtera, xda ampus2, :) aman, damai..sentOsa, maintain sa kiut~ keep slim... kawen cepat2.. dapat anak byk2... emm..pa gik oo?? mun da nk lain kau tambah lahh dikpun~ hahaha.."


ikhlas dari sahabat kiutmu..








6 April 2010

hari ini.. walk to remember



assalamualaikum.. hai.. sahabat ku..sesungguhnya, seorang sahabat ibarat mentari..Apabila hujan turun dgn lebat kita x nampak mentari tp hakikat nya ia ada..begitu juga dgn sahabat. Walau jauh d mata tp dkt d hati pelangi...:)

jam laptop menunjukkan 11.16 malam.. pelangi belum tidur lagi. malas la nk tdO awal2.. tak remaja kata org.. hehe. takde life jer rasa kalau balik2 kja, trs tdO.. bgun.. tdO... huh... mmg takde life.. mlm ni takde yg best kat fb.. busan.. jadi pelangi nk merapu kat dalam ni.. boleh??? boleh ler.. pelangi nk cerita ckit pasal kerja2 pelangi hari ni.. walaupun mOde letih sangat2, tapi puas dan best sangat.. daripada dudOk2 kat ofis, kdg2 tu tensiON..

nk start cite dh ni.. kira smabung cite spelangi dulu tu.. ingat tak pasal daerah marudi.. salah satu tmpat dalam Miri, kemudian, dalam Sarawak. tu salah satu tmpt kat Malaysia.kita kan satu malaysia patut tahu tmpt2 kat msia ni.. kan... kalau yg belum baca tu..

rugi kalau tak baca.. tak bayar pOn..he:)

yang tu adalah first time pelangi pegi ke Marudi.. dan hari ini, dah masOk second time.
hari ini pelangi pergi la kat salah satu kampung pendalaman kat marudi. dulu pernah pergi, skrg pegi lagi, atas urusan kerja. best sangat. pelangi suka pegi kat cni. penduduk yang ramah.. layanan yang baik.. orang kampung memang best..walaupun kemudahan kurang, tapi budaya, budi bahasa masih ada.. tu la.. kadang2 kemudahan, kemodenan kadang2 menghakis budaya yang baik2...erk??? iyer ker? haha.. termenung jer lah... haha

macam2. pelangi nk share melalui gmbr jer lah.. biar gmbr yg bercerita..heheh.penat pelangi ambik gmbr ni..
>
>
>
>


ha..ni feri yang digunakan utk ke kpg tersebut.. lebeh kurang 1 jam setengah lah.. tapi service kureng lahh... panas.. ekOn tak de.. sempit.. dll... tapi tahan jer lah... janji selamat sampai





dan..akibat kebusanan diri.. pelangi pegi kat luar express dudOk depan tu, ala2 titanic..best sangat2... dpat menikmati sungai sarawak yang besar dan hutan2 disekeliling... hhehe. best2.. walaupun kegayatan tgk akirsungai yang besar.. di tambah lagi bayangan buaya2.. org cakap, buaya byk kat sg ni.. huuu..takut... tapi pelangi cri2 tadi takde pOn.. tdO kot...


kat dalam feri tu..time balik.. ter tgk la budak ni.. tidur tak senOnOh betul..mungkin dia busan sangat.. dan keletihan.. or pemalu??? tu sbb dia rilex giler camtu.. hahahah:D

ha..kat bawah ni... ada la sorang perempuan tu..sempat lagi berpOsing kat kawasan kebun2..sawah2 kpg tu.. nk kerja or wat ni????




dan yang paling best sekali!!! masakkan kampung memang sedap! kami dihidangkan laOk paOk yang sedap2222 sangat2! terima kasih Tuk Ketua! lain kalii nk udang besar yer?? hee



pelangi sempat beli jagung kat kpg tu..murah.... 5 biji RM 2... nyum2.. bawak miri... heee


esOk... balikk... yeahh! dapt tgk awan camni lagi... kalau pakai belon@kapal terbang.. kejap jer smpai, dalam 15 minit berbanding kalau pakai feri.. 3 jam! waa.. tak sanggup!



yes! kat airport Miri..tak sabar nk balik ni.. esOk.. heehe.. jam 2.55 ptg... MIRI..here i cOme....!! I LOVE MIRI.

emal! usu datang!





2 April 2010

RAINFOREST MIRI

hai... assalamualaikum..apa kabar? sehat ker? kalau demam2, sakit badan tu, cepat2 cek kat dOktor tau.. hmm..sekarang ni pelangi sedang dgr ERA FM... tgh dgr lagu sume sedeh2..siap dgn luahan perasaan para pendengar smbil nangis2.. pelangi pun sedeh:(.. hari ini lah kita telah kehilangan seseOrang yang membuatkan KOTAK KETAWA kita sentiasa bergetar.. suasana sedeh telah meyelubungi rakyat Malaysia. AL-FATIHAH buat DIN BERAMBOI... sesungguhnya kehilangan beliau menghilangkan KOTAK KETAWA kita.. hmmm..


Ok lah! jgn sedeh2 lagi...


itu takde kaitan pun dgn tajuk entry ni.. RAINFOREST MIRI.. hari ni sepatutnya pelangi mengikuti kawan, YUN, ALONG, NADIA pergi rainforest tu.. tapi..ats alasan yg tak dpt di elakkan, pelangi tak dpt pegi.. tup2, tadi.. yang menjeleskan hati dn perasaan, si ALONG tu, tag gmbr mereka kat tmpt tu.. memang CANTEK dan MENDAMAIKAN..

ALONG dan YUN cakap..

RAINFOREST tu, tmpt baru,, belum ramai yg tahu.. terletak kat area LAMBIR MIRI.. kalau masOk.. RM50 seorang, dari jam 9.30 pagi smpai 5 ptg.. bayaran tu, complete dgn tukang guide tmpt tu, makanan, tmpt rehat, mndi.. main snooker.. dan ade gak flying fox jer ape.. (tak pndai eja) hahahah.. tu byr lah RM10 one game...

kat bawah ni.. ade gmbr mereka-mereka yang ngegeh itu...








dan... yg pastinya... tempat tu memang menarik..dan kepada sape2 nk pegi ke tmpt tu..jgn sangka MIRI takde ape2... jum kita pegi ramai2.. kita buat plan la... SMS pelangi k... ramai2 lagi best.. dan...


PELANGI NK PEGI CTU!!!


sesungguhnya, senyuman aku itu sangat lebar kan??? hahaha

sekiann...12.25 am...nite~ :)


Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...