28 Mac 2010

demam facebook tiada ubatnya..



hai kawan.. apa kabar.. harap korang sehat2 jer.. ade yang demam ker? ala.. kesian~ rajin2 la minum air suam yer..maklum lah, cuaca yang tidak menentu. dan kepada yang belum demam tu, jaga kesihatan k. agak la jugak pelangi tak update blog. Hmm, asyik2 ayat tu jer pelangi ulang..ehehe. maklum lah~ masalah kemalasan dan ditambah lagi dgn kerosakkan modem~ huh~


ok lah... entry kali ni pelangi nk cite pasal FACEBOOK a.k.a FB. ha, pasti sume ada fb kan?? yang mude, yang tua, suma ada...ini lah dikatakan DEMAM FACEBOOK.. bahaya penyakit tu.. tak de ubat lagi setakat ni...


siapa la yang wujudkan kan Fb ni..pelangi cri2 lah kat dlm internet.. dapat dah.. org tu yang bernama Berdasarkan kajian, Facebook di asaskan oleh seorang graduan sains komputer dari Universiti Havard iaitu Mark Zuckerberg.



Zuckerberg adalah anak pasangan yahudi.Facebook telah di lancarkan dari Zuckerberg pada 4 Februari yang bertujuan memudahkan mahsiswa Havard berhubung antara satu sama lain. ha..tu lah secara ringkas nya psl sejarah Fb ni..harap pembaca tak mengantok membaca sejarah itu yer..hhehehe..

tidak di nafikan juga pelangi ade Fb.. dan siang malam fb jerrrrr..takde keje lain.. sehari tak bkk fb, rasakan tak lengkap hari anda kan? selain pelangi, anda suma pun begitu.kan?? kan?? hehe. tak tau lah kenape.. pendapat pelangi, hanya FB jer teman sejati yg dapat isi masa lapang terutamanya gadis single mcm pelangi..(promote2) hehe. yer la.. kalau nk mengadu ape2 nk mengadu ngn siape? tak kan kat balai polis atau kat ADUAN RAKYAT..hnya kat fb jer suma isi hati diluah kan dgn meng update status. anda pun begitu kan????


perasaan marah. gembira, sedih, lapar, sume nk di share kat kawan-kawan fb.. dan balasan komen amatlah diharapkan. tu pun kalau ade yang komen, kalau takde.. ha, mula kecil hati..cakap tak glemer la.. hahahahaah~ selain tu, pelangi suka lepak kat fb sebab dapat sharing sesuatu, gketawa sorang2 (gila), tgok gmbr org, komen2, loya burok, dan mengetahui perkembangan terbaru kawan-kawan kat fb.. ade yang dapat awek/pakwe baru ke, yg break up ker, ha..tu pelangi suka baca..heheheh.(poret)....fb memang best!!


ade jugak yang buat bisnes dlm fb, macam bisnes tudung ker, baju ker, kat situ kita bleh tahu fesyen2 terkini..hihihi. dan pelangi suka fb kerana dapat bertemu dgn kawan-kawan lame, boypren2 lame yg dh besar pjg tu..heheh.kalau dh jmpe tu, tegO sekali jer.. pas tu takde nk tegO..komen status pun tak.huh..BUANG BATU~. tu pelangi tak suka..:p.. dan fb adalah tmpat mencari jodoh yang tidak boleh dipercayai..hohoho. selain dpt kenalan baru, ade gak yg "mengenjen" dalam fb ni.. jumpe pun tak pernah, enjen2 lagi..huh.bahaya..tapi kalau kena kat org yg baik2..ok la tu... truskan..:)


yang pelangi tak suka, mane nk kaya raya menjadi jutawan, ade la cbok2 buat iklan kat ctu..ish..menyemak jer... mcm ayat2 "kenape ssh nk bekerja?? jum buat buat nonstop dapat satu juta sehari.." haaaa..ada ka patut??. tak logik.merepek..pelangi tak suke lah~ serius.. tapi tu hak mereka yang nk cri income sampingan. ade jugak pelangi delete mereka2 ni dr friend pelangi.huh..

selain tu ada yg pelangi tak suka mereka yg bergadoh dlm fb.. tak patut..sebab bagi pelangi, fb adalah tmpat untuk eratkan hubungan dgn rakan-rakan, tmpat memberi pendapat, dan bukan tempat sindir menyindir.. hati2 lah dgn kata-kata upadate status anda supaya tidak menyakiti hati kawan-kawan anda..dan pelangi nk minta maaf jika ade status pelang yg menguris hati dan perasaan sape2 k.. mana lah tahu ada yg tidak disengajakan..pelangi hanya lah manusia biasa yang makan dgn menggunakan tangan.


di Fb jugak, adalah tmpat untuk menyiasat. bkn stakat polis yg nk siasat2 ni..kadang-kadang ada yang buat fb 2 acc, tu lah cara nk siasat seseorang atau pun saje jer nk buat 2 krn terlampau byk peminat atau pun satu utk private satu utk umum.ha.. pilih lah mane satu..hehehe.

dengan wujud nya FB , kajian mendapati semakin laku rangkaian broadband. sebab org cri laen semata-mata kerana Fb.. say thnk you kat fb..:p



tapi... yang baik, pasti ade burOk nya.. situ lah tmpt menipu, situ lah tmpt bergaduh, porak peranda kan rakyat, bangsa dan juga agama.BAHAYA. sesuatu isu tu, tak yah lah di besar besar kan kat fb tu, tak kan lah kerana nila setitik, suma jdi biru..ha...betul ke peribahasa pelangi ni? hehe. dan konsep satu Malaysia pun akan pudar kalau berterusan kutuk mengutuk atr satu sama lain..oleh itu... kita sbgai satu Malaysia perlu menyelesaikan sesuatu isu dgn sebaiknya dan bkn cara yg akan mengeruhkan lagi keadaan, ok???

Jahat nya Fb ni jugak kita bleh lihat kat ofis2.. ade pekerja yg tak fokus dgn kerja. ber fb jer..asyik2 bukak fb.. keja suma tertangguh. tu lah yg buat sakit hati tu,, silap2 ada gak cmpany yg BLOCK laman FB nih... hahahha.seperti kat cmpny pelangi tu lah.. tu lah cara terbaik management buat bagi mengatasi pekerja yg lalai dan leka itu.hahah.rasakan. tapi, bagi yg tak dapat hidup tnpa fb tu, bleh la ambik cara lain dgn bawak laen dan laptop sendiri, or via hp jer, kan senang??? hehhee:)

dan jahat nya Fb boleh melalaikan kita dripada melakukan ibadah solat 5 waktu. tgh2 leka, solat dah ditgal..ish2.. Allah marah tau..Fb2 gak... kewajipan jgn lupa k...

dan jahat fb boleh gak melalaikan kita dripada kerja-kerja hakiki seperti, cuci baju, masak, tak makan, dan kja2 rmh yg lain. ada gak yg mengabaikan anak-anak kerana fb..hehehe.tu dah terok tu...jgnlah begitu...

tapi kesimpulan nya..ber fb ni byk kebaikkan drpada keburukkan. dan fb membuat hidup pelangi lebih warna warni~ thanks FB...

dan kerana FB, pelangi amik gmbr yang rasa cantek nih~ tertera kat profile pic FB pelangi... heheeh.. dan kerana FB senyuman pelangi menawan..ceyyywaaaahh~ *nyampah*





*maaf jika entry ini membOsankan anda*
pelangi manusia biasa yang tidak suka memakai lipstick





9 Mac 2010

PERJALANAN PELANGI MIRI-BRUNEI-LIMBANG-BRUNEI-LAWAS


haluu..hai hai hai hai... hai kawan-kawan fb, kawan2 GENGBLOGGER, kawan2 OFISKU..KAWAN2 yang membaca..terima kasih sbb sudi baca rapuan pelangi..:)

aduhai. jerebu kat miri tak habis2 jer... sesak nafas.huh.. pelangi pon tak muncul2..mentari jer ade..tu pOn kelabu asap... yesterday, pelangi balik dari kampung, kat LAWAS, salah satu daerah kat sarawak, kat hujung sekali, sebelah sabah... mmg kurang glemer daerah itu. tapi akan glemer lah lepas ni..hehhehe. otw balik miri, malam tu, kira2 jam 8 malam la, melimpas lah kat area Kuala Baram, no wonder lah jerebu, rupa2 nya ada pihak yang membakar suatu kawsan lapang! hah!! mereka ni mesti nk buat ladang... trok sungguh manusia itu... ha, ni pelangi sempat tangkap gambar pembakaran tu..
memang betul kata karam sing walia,

TERBAKAR HUTAN NAMPAK API NYA~ TERBAKAR HATI XDA ORG TAHU~


kebakaran area kuala baram miri..(kawasan lapang tepi2)

marah betul pelangi...dah lah dh dekat sebulan tak hujan, bakar lagi hutan! lagi terbakar hati pelangi tengok pembakar di depan mata. hmmm..harap pihak berkenaan ambil tindakkan yerr..selamatkan bumi ini. ok lahh..pelangi citer cket mengenai perjalanan ke Lawas. dah hampir setahun pelangi tak balik kpg.. dan sempena kazen pelangi kawen ni, teringin pulak balik.. besa nya perjalanan ke Lawas hampir 5,6 jam..yang lame nya biasa lah berbaris kat tempat cop2 pastport.. hari tu, pelangi dan keluarga bertolak jam 11 pagi dari Miri..


byk stesen2 yang perlu dilalui..antara nya ialah~ hehehe.. stesen minyak..ofcoz la nk isi minyak, kasi full punya.. pastu, jalan~ smpai ke stesen sungai 7,



sempadan Brunei dan Miri.. perlu cop pasport, pastu isi borang kenderaan.kat setiap stesen ade 2 stesen, satu kastam dan imigresen Brunei dan satu lagi malaysia.

ok, selepas stesen pertama.. lambai2 cket kat polis jaga gate tu, pastu jmpa lah sign board ni...kat brunei, nama kedai, sign board, sume ade pakai tulisan jawi, tak kira lah kedai cina or dll.. dan yang menariknya, kat tepi2 jalan tu, ada lah sign board yang ade zikir kepada Allah, seperti ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH, SUBAHANALLAH. sgguh menarik, tak sempat pelangi ambik gmbr. smbil2 drive tu, ada jugak mulut automatik baca, menambahkan pahala.:)



teruskan perjalanan, dah smpai dh kat area brunei... limpas kuala belait.. perjalanan sedikit bosan, kerana hutan2 jer kat tepi2. kawasan bandar jauh lagi kat dalam. pernah sekali pelangi dan famili sesat masok ke Bandar Seri Begawan.huhuhu. nasib baek dapat keluar.kalau tak, jadi warga brunei lah pelangi...hee..lepas kejadian dulu tu, lame dh tak g kampg kat lawas tu..ngeri tau, bayang kan lah, sesat di negara orang, pelangi dgn mak, n kakak jer, pompuan sume, malam2 lagi..ngeri sungguh. tapi kejadian tu, ade hikmah nya. yer la, dapat la tgk2 bandar brunei, tgok istana soltan brunei..cantekkk... memang cantek bandar brunei.. tapi masa tu, pelangi tak dapat menghayati keindahan brunei disebabkan kenebesan yang tak terhingga.fuh~

ha...ini lah rupe , masjid brunei pada malam tu.. yang ni pelangi cari kat yahoo..tapi lebeh kurang ni lah gmbraan keindahan salah sebuah tmpat pada malam kejadian.



ok..blum smpai lagi ke destinasi..lepas jer stesen pertama, jmpe la tol brunei. mesti bayar pakai duit brunei tau..RM3. be4 pegi tu, ready2 lah duit brunei.



stesen ke 2, Kuala Lurah.





mesti lepas kastam dan imigresen Brunei dan Malaysia. baru lah teruskan perjalanan. bercakap pasal ni, pelangi puji betul lah pihak imigresen Malaysia, kerana sistem dah upgrade, mereka guna scan jer kat pasport, tak main lagi cop2 yang melambatkan. manakala pihak brunei masih lagi guna cop2. perlu di upgrade tu~
dan soalan yang biasa di tnya kat stesen2 tu,
"kan ke mana kitak??"

miri~

"apa barang di bawa??"

ha!!

(soalan biasa pihak kastam tnya..dan soalan itu pelangi rasa tak sepatutnya ditnya. yer la, mesti lah org cakap bawak bju jer, ttak kan sebut bawak ketam, ikan masin, bju kotor utk di cuci, kerepek, buah..kan byk... tapi kalau org tu tipu, walaupun bawak pistol, dadah??? dia cakap bawak baju.. ha.. kan bahaya..)






dan sememang nya pegawai pemeriksa pasport pemalu org nya, hanya menghulurkan tangan, mengambil dan memberi pasport sahaja. tangan sahaja keluar tanpa suara..kalau boleh, mereka nk ttp suma tingkat, lubang2, tak nk muka nmpak..baik pakai topeng trus. kan..cuba la buka skit, ada suara, say terima kasih, hulurkan senyuman manis. dan bukan sekadar tangan yang panjang yang tiba2 keluar.. ok???

ok..

lepas dh kat stesen ke2, sampai dah kat Limbang, salah satu daerah kat Sarawak. bandar limbang kecik jer, tapi lebih besar lagi daripada Lawas. Ape yang best kat limbang?? emm.. ntah lahh.. ape yer?



aha..mesti lah kat tamu limbang, yang ade, ikan tahai (sejenis ikan kecik yang di salai, keras dan rangup) lokan..kerepek, keropok. murah2 jer..asal pegi limbang jer, mesti pesan ikan tahai..

tamu limbang



makcik jual lokan..sedap2222..baru makan tadi.~yum2



lepas berehat sebentar kat limbang, kami teruskan perjalanan..

tiba lah kat stesen ke3, sempadan Limbang-Brunei. seperti biasa.cop..cop..cop.. kalau kena time cuti, memang baris pjg. ade la dekat sejam berbaris. tapi nasib baik hari tu clear jer..



sila beratur..ke lambatan tukang cop memaksa pelangi utk ambik gmbr.heheheh




pas lepas stesen 3, jmpe feri, feri tu byr RM10 utk kereta. tu pun feri tok jalan hanya menyemberang sungai yang tak berapa besar.huh, buang duit sgguh.. perlu di bina jambatan




sampai lagi ke kawasan Brunei, dan line telefon pun bertukar. DST-COM. hati-hati jika anda SMS rakan anda.kerana akan di caj RM2..hehehe.



lepas Brunei, cam besa, lagi kena check kat stesesn ke 4, sempadan Brunei- dan Lawas. dan utamakan bahasa melayu~



lepas sume, jmpa la feri lagi. bayar RM8. alamak..bila la nk smpai..

sabar...

lepas jer feri, smpai dh kat area lawas..tapi blum lagi smpai ke kpg.jauh lagi. ade dlm sejam lagi.dari bandar ke kmpg, ambil masa sejam.jauh lagi..

dalam perjalanan ke kpg, ade jugak la pembakaran kat cni.ingatkan kat miri jer ade..dan Lawas sgguh panas.

aha..sebelum nk abis ni, nak cite lah kejadian kami masa nk balik Miri, ada ka patut pasport kami tidak di cop oleh pihak yang mengecop, jadi tak leh lepas lah kat stesen Kuala Lurah tu, terpaksa turn back kat stesen be4 tu, ambik masa 3 jam pulang balik ke stesen tu,,fuhh..rumah terbakar nmpak asap nya, hati terbakar siapa lah yang tahu!! moral nya di cni. moral nya di cni,

CEK DULU PASPORT ANDA SEBLUM MENINGGALKAN STESEN IMIGRESEN

aha

ha...smpai dah kat kpg.. kelihatan meriah sungguh kat kpg..fuhh~ sambung lah kat entry seterusnya, mengenai adat istiadat perkahwinan di lawas/brunei/limbang dan sekali cerita cinta ku tertinggal di SABAH BAH~


*kenyit mata*

babai~









2 Mac 2010

DUNIA DALAM BAHAYA!!



pagi tadi..jam 7.30 pagi....
fuh..pelangi bangun dari tdur, menghirup udara yang tidak segar.. pelangi hairan, kenapa?? pelangi keluar... otw pgi keja... oh my gosssh!! ASAP!! kabus???




kabus menyelubungi~ huh!






atau pun pelangi dalam mimpi?? terok..bandar miri semakin terok.. ini lah akibat dan angkara org yang tidak bertanggungjawab! membakar rumpu! sampah! tapak pembinaan! kebun! merokok! bbq! dan segala yang berkaitan dengan asap! sungguh kejam org itu.membuatkan bandar miri berada dalam keadaan tidak sehat~ panas! hujan oh hujan.. turun lah~

dan para pembakar yang mengejar keuntungan itu, tolong lah bertaubat..cintailah alam sekitar..

harap hari esok kembali cerah..mentari menyinar.. dan lebih indah jika hujan turun dan sang PELANGI muncul dengan indah nya...(^_^)


Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...