5 Jun 2011

do u love me? plis lie and say YES

macam biasa, tajuk di atas sekda kaitan




entry khas pakey orang dah kahwin or becoming. al maklum lah.. bulan JUN.. musim ehem ehemm.. ;)



10 PERKARA MENGEJUTKAN DALAM RUMAHTANGGA.




1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang 
drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi 
emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua 
cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan 
yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah 
tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda 
akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing 
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat 
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik 
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain 
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar 
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS 
yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks 
nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan 
lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang 
terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga 
kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut 
masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan 
hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan 
dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj 
manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing 
ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun 
ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur 
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya 
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati 
kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" 
masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. 
Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan 
keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan 
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan 




memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah 
terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah 
anda?







sengaja. artikel sebagai intro.


act aku nak ngeso muka baru belog aku tok. cantek sik? hihihi. lebeh ceria dan ringan. ya lah kerja aku ritok, pas bangun tidur. tek pagi suppose tok pegi wedding kawan sekolah rendah aku. dan memandangkan aku rasa dirik aku sik terdaya mok bangun awal, selesema.. sakit2 badan. k aku lanjutkan tidur ku. sekpa, kelak leh tengok gambar2 nya jak.  elehh.. suk la dirik dah kawen tek? p, alhamdulillah.. sik ku angol dengar kau mala soh bercarik jodoh dolok.. haha

yesterday, attend kawan "bina surau" (bertunang). ya 1st time aku pergi majlis pertunangan. aha. 1st time. sebok aku tanyak kawan aku mok pakey baju apa, mok berik duit kah lam sampul ka.. aha..  duhal camya tek... ok. tauk dah. tengs.  


cantek nya kau. orang kalau sik biasa pakey mekap, mun dah mekap, memang nampak lain kan kan kan.

ehem.. kab ngan incik tunang. pewwitt ;)


para gadis yang belum berpunya. sila amik sigek ;)



bergaut aku balit dari majlis ya, cam biasa, sis aku mbak pegi jalan2. aha. konon nya mok berik makan ikan kat cityfan. ok. thats it. boring tauk sik pegi cya tiap2 mingguuuu... ikan-ikan cya dah gemok dah, aku tok jak maseh kurus kering. benda ya sik ku puas hati.


aha.. santai

oh ya, dalam perjalanan aku balit dari hantar kawan ku (hana), benda paling mengejut kan, AKU KENAK TAHAN PULIS TEREPIK. apa kes tok tahan222! marah bah aku. gila nebes aku. sik kalak2 aku tok kenak tahan.

cam biasa, dialog dak "penguin" ya..sama jak macam kita tengok lam tb ya. biasa ku tengok dalam drama RODA-RODA KUALA LUMPUR

aku: PAHAL?? *marah*

penguin: mintak lesen cik..

*nah!*

penguin: *tengok roadtax* tekan break dulu

aku: alamak... *jadi lupak* ne satu break tok?? *&^%$%^& . (semua benda ku tekan kat bawah ya)

penguin: ok. jalan.

aku: YA JAK??????  haaisssh

apa, nya ingat aku under age, sik da lesen, mbak keta? ee.. suka main perasaan ini. sekian kesah ya.

dan yesterday aku dikejutkan dengan berita kawan aku sorang gik mok kawen. pa kes tiba2? terkejut aku. nang benar sebenar benar nya mimpi aku sebulan yang lepas.. aku mimpi aku agak kawan ku tok kawen. lalu aku mesej mpuan ya. 

"wei.. aku mimpi kau kawen bah malam tek"
"pa kes kau mimpi aku? aku mok kawen, kau ndah mimpi..nang pun p, bulan 11."
"ha..nak benar... ya lah tek.. erannn...."

tuptuptuptuptup .okeh.19 jun tok ndah kawen. ha.. nak benar kata aku. kau dekat2 mok berlaki yaaa.... alahaiii.. aku sangat suka orang yang cepat2 kawen tok.. sebab aku nang angol tengok orang kapel lamak2.. 


ohoi...bila la orang mimpi aku kawen pulek? plis. 

okeh~ mok makan. bai


*muka boring*





pelangi: eh eh.. aku ada tengok cerita hindustan..Rab Ne Bana Di Jodi (jodoh di tangan tuhan)  bessss~ lak polah review~
dan nyesal tertinggal cerita ghajini kat ofis. mun ndak pat layan tok.. haisss. petang tok tingin ci mata di pasiran pantai. jum!


Tiada ulasan:

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...