5 Mac 2011

cara kira fidyah dan puasa. WAJIB TAHU

ok~ aku tiba-tiba teringat kemusykilan aku pasal sigek benda tok. pasal qada' puasa dan bayar fidyah. macam dolok, time skolah, aku dengar2 kalau sik ganti posa mun dah smpey ramadhan baru, perlu ganda kan puasa ya... 

lepas ya, minggu2 lepas, aku terdengar, 




"Puasa tak perlu ganda, yang digandakan adalah fidyah sahaja.."




Ya Allah, cetek nya ilmu aku... siapa yang ajar aku posa leh dabel tok?? adoh2... mati kerja.... bawak mengucap..

Ok.. so, aku google kan, dah ya jumpa la sorang ustaz tok cerita pasal ya, siap dengan ajar cara ngira gik ya....






Pengertian Fidyah






Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.





Kadar Fidyah




1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............






*soalan: kenapa harus dibahagi 4?: 
*jawapan: kerana 1 mud(beras) , ada 4 bahagian, so fidyah dikenakan hanya 1 bahagian jak



Fidyah Tanpa Gandaan





Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.






Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan




Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63




Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)









Fidyah Dengan Gandaan



Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :
  1. Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
  2. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.




Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan



Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :



15 (Jumlah puasa ditinggalkan)

x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)

x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)

x 1/4 = RM 421.90


Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)







Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa









contOH




Tahun 2006 tinggal 8 hari


8 hari sik bayar. kinek misal nya tahun 2010
(2006-2010) = 4 tahun, tengok jadual atas, jadi 10 ganda.

8 hari x 10 tahun gandaan (2007-2010) x RM 7.50 /4 =______________









so, di cya kemusykilan aku terjawab. oh cetek nya ilmu aku. dan sekrang aku jadi expert kira fidyah orang, dan bayar lah di pusat zakat yang berdekatan.hukum wajib tauk?







Dasar fidyah ialah firman Allah Taala:
“..Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dsbnya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin..”
(al-Baqarah:184)







sumber: USTAZ NOR AMIN














Pelangi: sepa2 mok soh kira, PM me;)








3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lamak dolok, masa kecik nang dah nenek ngajar puasa ganti mun sik diganti akan jadi double..Rupanya itu ajaran sesat..ooh tidak. Kembalilah ke pangkal jalan..hahaha

Tanpa Nama berkata...

As Salam alaik,

kalau

tahun 2008 - 10 hari
tahun 2009 - 30 hari
tahun 2010 - 30 hari

berapa saya perlu bayar jika pada bulan ramadhan 2011 akan saya laksanakan fidyah?

pelangi mentari berkata...

salam... lebih senang lagi, saudari/saudara boleh pergi ke laman web www.tbs.org.my, ada menyediakan KALKULATOR FIDYAH. pihak baitulmal ada menyediakan kemudahan pengiraan..=)

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...