5 April 2011

semut hitam, batu hitam, malam gelap. kaitan?

ehem.. kali tok aku mok berceramah sikit. sebab ada orang sik puas hati dengan IBARAT aku pasal semut dan ikhlas



"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam keadaan malam gelap."


Aku mok cerita tentang ikhlas...

cuba bayangkan halusnya ikhlas...macam semut hitam atas batu hitam dalam malam gelap. nak cari semut yang warna coklat dekat atas batu putih siang-siang hari pun payah...
mari LURUSKAN NIAT.

Penuhkan hati dengan ikhlas kerana ALLAH...BUANG RIAK JAUH-JAUH
Adik-adik...Ramai orang yang berjuang untuk mendapatkan tahap amal yang ikhlas...tapi perjuangan ini tidak nampak dengan mata kasar, tidak perlu pedang dan perisai, kerana perjuangan ini medannya terletak pada hati yang hanya ada iman dan taqwa berperang dengan nafsu...ikhlas ada pada hati, hanya ALLAH saja yang tahu...kadang-kadang kita rasa macam ikhlas, tapi pada mata ALLAH hanya DIA saja yang tahu....kadang-kadang kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi pada mata ALLAH sangat-sangatlah ikhlas.

Ikhlas ini terletak sangat dalam...

kadang-kadang...kita bantu orang dengan sekeping syiling dua puluh sen tanpa disedari, ALLAH memandang kita dengan rahmatnya...kadang-kadang, kita memasuki majlis ilmu tetapi timbul perasaan bajet baik, bajet akulah yang paling mulia dalam majlis ini...sudah menumbuhkan riak...riak juga halus...dua sifat ini saling berlawanan...siapa yang memandu...kitalah tuannya.

my dear, jangan bagi ruang kepada riak itu berbunga dihati...apatah lagi bertaman bunga di hati...

indahnya ikhlas itu menghilangkan hijab hamba...meneruskan segala mudah lancar...memadamkan hasrat syaitan menembusi hati-hatimu...


Riak? menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas
Malam yang gelap gelita menyebabkan satu benda pun tidak dapat dilihat. Jika tidak sedar berlaga hidung jika berjalan malam. Manusia yang besar tidak kelihatan dimalam yang gelap apatah lagi seekor semut yang hitam merayap di atas batu yang hitam di malam yang gelap pekat.

Riak itu ibarat semut yang hitam merayap di atas batu yang hitam dimalam yang gelap pekat.

Maka apakah peringatan dan pengajaran yang didapati apabila melihat malam? Iaitu lihatlah diri, muhasabah diri apakah kita ikhlas? Atau apakah kita benar-benar ikhlas dalam mengabdikan diri kepada ALLah Taala? Carilah batu hitam dan lihatlah, apakah boleh dilihat semut itu di malam yang gelap gelita di atas betu hitam itu.
Maka lihatlah semut hitam yang itu di dalam diri.



PELANGI: jadi lah macam semut hitam=) sik menunjuk-nunjuk dirik kedak manusia. jangan jadi manusia riak dan macam2:)


credit:: sumber 1 sumber 2







1 ulasan:

Unknown berkata...

pinjam gambar semut tu okay. :)

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...