30 Mei 2012

resepi kek keju bersulam rindu



hai. selamat hari gawai dan selamat bercuti. cuti apa plan? okeh. aku ada plan baik punya. apa kata korang try resepi kek keju bersulam rindu aku. aku dah try dah, anak buah aku yang di lawas ya lah ajar..

di pejabat aku, bukan main lagik aku janji kan kata-kata manis ku dengan ofismate bahawa sa nya aku mok polah cheese cake pakey sidak. hari berganti hari bulan berganti bulan. pemutar bahan kek dah beli.


dah sekarang sekda alasan untuk aku lari dari tanggungjawab dan kata2 janji manisku, bahan nya senang jakk.. polah pun senang senang senang. senang dari baca ABC.

bahan-bahan:

ADUNAN 1


- pakey polah kek span nya.

1) telur 4 biji
2) tepung optima 250gram (atau nama glemer nya sponge mix. aku beli kat KST Ingredient.kalau kat miri tok ada kat piasau ya, n kat area depan mega hotel dekat banyak2 teksi ya)
tepung optima @sponge mix


3) Ovelete 1 sudu akan (yang kuning2 ya)

ovelete


4) air sejuk (air yg sejuk2 lam peti ais)

5) minyak jagung 50 ml (sukat pakey botol susu anak or apa2 yang ada sukatan)



semua di atas campur, putar sampey kembang. dalam 20 minit.





ADUNAN 1 di bahagi kepada 2 sebab ada lapis 2.
Bakar lapis 1 dolok. pakey oven,suhu 160 darjah selsius selama 15-20 minit. kemudian.
 lapis ke 2.


biarkan ke tepi


ADUNAN 2


- berperanan sebagai gam kepada kek span yang kita bakar tadik. sebab ada 2 lapisan ok.

bahan-bahan

1) susu manis setengah tin
2) Philadilphia





3) Philadilphia (satu bongkah ya, bahagi 3 bahagian) ambik satu jak.1/3
(SEBAB DPT POLAH KEK 3 IGEK GUNA SATU TOK)


cara2 nya:

susu manis setengah tin(jangan banyak, 1/3 tin)

 dan 1/3 philadiphia di adun sampey kembang juak.
(boleh kurang kan jika pentingkan kesihatan dan lebih kan philadilphia sikit.

jadi cemtok..




ulang untuk bakar lapisan ke 2. jadi, ada 2 igek keping kek.. selepas ya, 2 ya akan menjadi 1 dengan sapu ADUNAN 2 atas nya..dan letakkan second kek span ya tadik.



timpak atas ya. tebal sikit. sebab takut terpisah penyatuan 2 kek span ya tek.


lastly, sapu gik adunan 2 atas kek, dan parut kan cheddar di atas nya.


parut lah sesuka hati anda. asal sama seperti di rajah bawah:




letak dalam peti ais. oh ya, kalau u olls beli bahan2 kek semua ya, boleh buat 3 buah kek tau. berbaloi.. bajet rm50 cemya. mampu milik asal RAJIN!



okeh. selamat mencuba.1st time buat kek tau, pandai nya.. terasa sangat dewasa sekali >_<






pelangi: siap kek keju bersulam rindu.. oh. rindu




Tiada ulasan:

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...