20 Mei 2012

Nobody can change destiny




TAKDIR


Mengapa kita harus berserah
jika kita terpaksa mengalah?
Kalah tidak semestinya kita redha
Redha, tidak semestinya kita pasrah

Perpisahan?
aku pasrah…
Jangan kita persoalkan mengapa? Kenapa?
Jangan kita persoalan kenapa langit itu biru,
Jangan kita persoalkan kenapa mentari itu jingga,
Jangan kita persoalkan kenapa daun itu hijau

Kerana..
Jawapan hanya satu..
Kerana sang takdir..
Akur lah pada sang Pencipta Alam.

Hampa?
Di mana kah kan ku letak jiwa ini?
Berterbangan mencari sang pencipta
Kerana Dia lah mampu mengubah segalanya.

Bersahabat lah dengan sang takdir
Berdamailah dengan sang takdir

Agar kita dapat menyerah dengan pasrah
Tenang..damai..dan redha..

Indah nya takdir

lukisan takdir yang telah terlukis
diwarnai warna warni waktu
pasti ada kanvas kehidupan yang lebih damai
kesabaran menemani kita
untuk menyusuri titian waktu

Pecayalah..
sang pelangi tetap ada selepas hujan
dan
bersedialah..
mentari takkan selamanya bersinar
ini lah kehidupan..




cecececeyyy~
*jangan cakap aku jiwang*

ya adalah sikit jak sajak yang aku polah. (nak muntah asa molah sajak.ewww) . sikda kaitan dengan diri sendiri. oK!! kamek kan bahagia sekarangg *kelip-kelip mata* ;)

sajak tok aku pernah berik ke segmen KARYA radio miri fm, 95.7. ada lah dj-dj cya bacakan. kalau sebut MIRI FM.ye lah kan, orang miri tok, ne lah dengar radio tempatan, yang sidak dengar, hitz fm, radio brunei, era radio. nang sidak padah miri fm ya, redio orang tua. aku suka segmen karya ya, sebab , ntah aku rasa lucu dengar orang luah kan rasa cinta pa ndah lam redio. caliii.. ada ndah ter nangis2 ndah. ya juak dengan jiwang nya. adoh2.bisa mencuit hati. dengar lah setiap hari isnin jam 8-9 malam. 95.7 fm.

ok bai~



1 ulasan:

Nabeel Fikree berkata...

pendengar setia miri fm juak ka? hahaha. kmk nang salu ngada2 on air~ mun ada segmen tipon2 ya.

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...