31 Julai 2011

cara solat TERAWIH



























info:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.


d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

 
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma'mum kerana Allah Taala (Pulang ke Laman Hadapan)


5. Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.



SEMBAHYANG WITR

solat sunat penutup solat terawih 

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:


 
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.


ii- bagi rakaat yang akhir:




Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma'mum kerana Allah Ta'ala.

(solat witir tok, dari pemahaman aku, nya camtok. 2 rakaat pertama ya, (macam solat sunat 2 rakaat biasa) dah ya berik salam. 


dan tinggal 1 rakaat gik. solat cam biasa, dan HANYA SATU RAKAAT jak. dan kemudian salam. so, semua jadi 3 nak? 
ekot jak niat yang tertera  di atas. mun sik apal jawi, leh niat rumi dlm hati)


d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi



(kadang2 kita terus sujud, so di cya, kemaluan melanda. ingat aa... 16 ramadhan terakhir, beware. ada doa Qunut   pada rakaat terakhir)

sumber:  sumber 1



kalau aku, aku suka nak 8 rakaat. Rasullullah gik suruh camya, supaya sik timbulkan keberatan. 8 rakaat ya tambah solat witir (solat penutup kepada solat terawih. jadi semua nya ada 11 rakaat termasuk solat witir. kalau aku tengok, misal ada sesebuah surau yang ada kerjakan terawih 20 rakaat, lepas 8 rakaat ada yang dah chow. aku tertanya-tanya la, boleh ka?

kadang2 kalau imam baca surah panjang lalu ya lah ku lemah. bukan apa, kalau lamak lalu2, sampey fikiran kita boleh melayang. dan ada juak kalau orang tua yang sik tahan berdiri boleh rebah. (pernah aku dengar kes tok)
so yang penting, kekuatan fizikal dan mental ya penting!! ;)  

selain ya, ada juak orang gago mok pergi solat terawih. tapi solat 5 waktu sik di gago. sedangkan solat terawih hanya sunat. walaupun solat sunat terawih mempunyai keistimewaan nya sendirik, tapi sik ka
n tapi menandingi keistimewaan solat fardhu 5 waktu..mok terawih di rumah sendirik pun boleh..sik da masalah..

jum niat posa sebulan~
"sahaja aku berpuasa esok hari selama sebulan Ramadhan kerana Allah Taala..."



(betulkan kalau saya salah)
 salam Ramadhan.. =)

boleh like. tengs=)

Tiada ulasan:

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...