2 Mei 2010

JUM PEGI GUA NIAH~ TEMPAT YANG UNIK(^^,)





hai kawan-kawan... (cam rancangan kanak-kanak jk) hehe.. kpd kawan lama, GENG BLOGGER..kawan FB, dan kawan baru..:)


pelangi sehat..kawan sehat?? harap sehat..

tapi lenguh2 ckit bdan dan suma anggota yg berkaitan.maklum lah venture semalam kesan nya kian terasa. entry ni pelangi nk share sendiri pasal trip ke GUA NIAH MIRI. kalau pergi niah tu, selalu pulak pelangi pergi atas urusan kerja.tapi tak pulak sampai masuk ke gua. ini lah pertama kali pelangi pergi kat gua niah. thanks kepada pihak penganjur..:P malas sangat nk pegi mana2.. dah biasa dok rumah jer hujung minggun melayan hindustan. masuk minggu ni, dah minggu ke2 pelangi terlepas nk tgOk cerita hindi.. hmmmm... pelangi nak pasti kan minggu dpn pelangi kat pulaklah.. hehe.. first2 pelangi tak nak pegi..macam2 jer alasan, takde kasut la.. takut jatuh la. takut tak larat la.. jauh la.. takde transpot la.. pelangi cakap lah kat kakak ada kawan ajak pegi, pelangi tak nak..ada ke dia cakap pelangi ni adalah seorang remaja yang tidak fun. men sia-sia kan usia remaja. hehe.. atas desakkan tu, pelangi nak jugak la.. berbekal kan semangat yang ada.. pelangi pergi...pergi bersama kawan lama dan kawan baru. sebelum trip tu, pelangi buat research tau pasal gua niah kat intenet.. apa yanga da, apa yg perlu bawak.dll.. itu penting bagi memastikan perjalanan yang lancar lagi berkesan.



pagi tu, kami bertolak jam 9 pagi dari bandar Miri. sampai kat pasar Sepupok Niah, jam 1O.OO pagi. dan bertolak ke headoffice Gua niah pada jam 11 lebeh pagi. bayaran masuk yang dikenakan sebanyak RM 1O seorang.tapi kalau pakai kumpulan, 5 org RM 4O.. ada diskaOn. pelawat yang ada mestilah mendaftarkan diri kat kaunter pendaftaran.
sapa yang nk ke tandas, boleh lah pergi sekarang kerana sepanjang perjalanan ke gua niah tu xda toilet.so, faham2 jer lah..:)




selepas mendaftar, ada tiket diberikan yang perlu diberi sebelum masuk ke hutan.



untuk ke seberang bagi memulakan perjalanan ke gua, perlu lah berperahu ke seberang. bayaran yang dikenakan RM1 seorang.diingatkan di situ supaya membawa lampu suluh kerana amat berguna sekali sewaktu memasuki gua yang gelap. kalau tak bawak, boleh sewa di kaunter tiket sebanyak RM 5.pas sewa tu hantar balik k..:)





bacaan doa tidak dilupakan...:) semoga perjalanan kami selamat...:P

sebelum masuk gua tu perlu lah mengharungi hutan dulu. perjalanan yang sangat jauh..kira2 dalam sejam perjalanan kaki untuk sampai ke Gua Niah. memang jauh.....!!! tapi dalam perjalanan tu ada tempat rehat telah disediakan.


perjalanan yang diiringi kehijauan alam sekitar yang sangat menenangkan dan juga unyi-bunyian penghuni rimba yang sangat peramah menegur sapa setiap pengunjung yang datang.sangat damai..=)

di pertengahan perjalanan, terdapat juga jualan kraftangan yang sangat cantik dan unik.harga pun berpatutan.boleh la bawak sebagai kenangan. ada juga minuman dan makanan ringan dijual, harga pulak, tidak berpatutan. tapi tak pe la, no wonder la mahal, memang jauh penjual tu nak angkat barang jualan ke dalam hutan.

perjalanan memang jauhh~dah sejam perjalanan, sampai la kat muka gua.. belum lagi sampai menjelajah ke dalam gua. perlu harungi tangga yang sangat tinggi, jalan yang licin. dinasihatkan supaya berkasut yang tidak licin, dan perlu ada rakan disebelah untuk menahan diri kalau2 nak jatuh. selain tu, perlu ada sarung tangan. sekitar gua tu dikelilingi dengan tahi burung layang-layang. kelawar pun ada tau..ee.. takut~




kawan pelangi cakap, tempat ni ada sejarahnya. tak tau la apa. tak sempat nak cerita. maklum lah keterujaan menjejakkan kaki ke Gua Niah sangat terasa.!!

selain tu, kan kat atas tadi dinasihatkan bawak lampu suluh~ sebab dalam tu gelap. Ustaz Affendi cakap, tak boleh dalam gelap, nanti terjadi nya maksiat~:P




naik tangga, turun tangga..perjalanan menjelajah Gua NIah tak mungkin sesat, sebab perjalanan u memang perlu ikut jambatan yang telah disediakan. sO, jangan pandai2 melencong kat tempat lain.. nanti hilang!!... hati2...


acara tangkap menangkap gambar adalah aktiviti yang wajib dilakukan~


keadaan gua niah dari pandangan atas..pic colek>
foto by:Cikgu Rafidatul Safri

foto by:Cikgu Rafidatul Safri
selepas menikmati keadaan perut gua niah, pengunjung balik semula mengikut jalan pergi tadi. Jalan balik adalah sama dengaan jalan pergi.ingat?? hehe.



ini lah wajah2 yang bersemangat untuk menikmati keindahan GUA NIAH. memang rugi tak pegi. se umur hidup pelangi ini lah aktiviti yang paling lasak yang pernah pelangi lakukan. kepuasan semestinya ada yang diiringi kepenatan sendi2 dalaman..huh!...


dan kelenguhan sendi2 anggota badan dan kaki mengingatkan pelangi zaman sekolah menengah dulu. kesan nya sama seperti selepas dikenakan hukuman ketuk ketampi 100 kali kerana tidak memakai jarum pin kat tudung..waaaaaaaaaaaaaa!!!sik mok gik!!


PERJALANAN ITU PENGALAMAN, PENGALAMAN ITU KEHIDUPAN


pelangi mentari
02 mei 2010







3 ulasan:

ahmad endo berkata...

best dapat jalan2 ya tamuk......raget area ya

kitatauke berkata...

bestnye dpt jalan2....tak stress pk keje....

asielah_eyla berkata...

best eh...dh view sia kacak2 bh..heheh..bila g yar???

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...