15 Mei 2010

selama hari guru.. cikgu!!!

assalamualaikum..
esOk 16 MEI 2010..
merupakan hari memperingati guru..

dan jugak tidak lupa juga hari lahir anak buah pelangi, NURUL..

harap2 budak tu jadi guru suatu hari nanti erk~ hehe


GURU...

macam-macam yang boleh kita ungkapkan menerusi erti kata lain bagi seOrang pendidik..
dari pelangi sekolah tadika, pelangi di didik oleh seorang yang bergelar CEKGU~ sampai lah ke sekolah RENDAH... ditambah lagi dengan seorang pendidik bernama USTAZ dan USTAZAH.. TEACHER jugak~

smpai ke sekolah menengah, sama jugak, gelaran itu jugak yang ada.. lepas tu, pelangi melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, takde lagi lah CIKGU..  pendidik kat situ dipanggil nama ENCIK/PUAN/CIK.. tapi peranan mereka tetap sama iaitu mendidik..

kadang-kadang, orang cakap cikgu tu jahat..pelangi pun pernah cakap.. sebab cikgu tu memang jahat. pukul, hukum, buyers, dan sebagainya. ada jugak cikgu yang baik hati, tak pernah marah, sporting... cikgu tu lah selalu jadi cikgu terbaik kita!! tapi pelangi sedar, seOrang guru yang tegas dan garang adalah membentuk diri kita sehingga kini~ tanpa mereka markah A tidak akan ada dalam rekOd kita. terima kasih cikgu.

pelangi masih ingat dahulu , masa sekolah rendah, tiba sahaja hari guru, pelangi akan sediakan hadiah buat guru fav.. hihihi.. masa tu tak mampu beli hadiah mahal2.. just bagi sebuku sabun jer.. masuk sekolah menengah, pelangi tak pernah pun bagi cikgu hadiah. masa ni egO tinggi kot.. tak nak bagi penghargaan.. maklumlah dah dewasa.. tapi cukuplah sekadar ucapan "TERIMA KASIH CIKGU" setiap hari sewaktu haris kelas..=)


dulu, masa kat sekolah rendah..antara cita-cita pelangi ialah menjadi GURU.. selepas nk jadi PRAGAWATI..hahah.. lawak yer.. masa tu pelangi tak tau pu  pragawati tu ape.. suka suki jer nk letak kat biOdata sekolah.. buat malu jer.. selain tu, pelangi dari kecik lagi cita-cita nak jadi JURURAWAT..kalau pergi hospital ker, memang pelangi kagum tengOk nurse2 kat sana..macam best jer pakai pakaian seragam tu. kalau org lain, cita-cita memang tinggi, nak jadi peguam la, doktor la.. macam!! pelangi cukup lah sekadar nk jadi jururawat.. tapi sekarang tak kesampaian... nak jadi GURU pun belum boleh kot~ nak jadi jururawat pun rasa dah terlambat nak ambik medical.. usia dah nak meningkat.. sekarang jadi seOrang pegawai biasa pun alhamdulillah~mungkin nanti nak upgrade jadi GURU.. insyaAllah.. sebab pelangi suka mengajar.. mungkin kalau prlangi jadi guru, semua murid akan suka kot dapat guru sekiut pelangi..:D dan pastinya ini semua hasil didikan para guru-guru. dan pelangi menjadi seorang insan yang berguna..hihihihi..

Pelangi masih ingat lagu masa kat sekolah menengah. tiba saja hari guru, lagu ini, mesti ada.. di alunkan oleh kumpulan nasyid sekolah..memang best lagu ni... 





selain tu, pelangi masih ingat masa form 5, kelas pelangi ada buat makan-makan kat kelas sempena hari guru. memang meriah. semua guru kami jemput walaupun makanan tak cukup..:P


dikesempatan ni, pelangi nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu TADIKA KEMAS PUJUT ADONG, SK PUJUT CORNER MIRI, SMK AGAMA MIRI, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK. tanpa anda semua, murid tidak wujud, dan kami tiada kenangan yang paling indah di tempat yang terindah iaitu SEKOLAH. 



Dan tidak lupa juga kepada cikgu-cikgu di INSTITUT MEMANDU kat BOLEVARD MIRI. cikgu jacky kerana kesabaran cikgu mengajar anak muridmu yang bebal ini memandu. dan sekarang anak muridmu ini telah berjaya membawa kereta dari rumah ke ofis, dan paling jauh dari rumah ke hospital. diharap cikgu bangga dengan saya!!:D terima kasih cikgu!!


selain itu, pelangi juga nk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kawan-kawan pelangi yg telah dan bakal jadi Guru. kepada CEKGU AZIZI, CEKGU PINDI, CEKGU SUZI.. dan lain2 yang bakal jadi cekgu..
dan pelangi tertarik nak COLEK gambar ni dari FB CEKGU AZIZI...  




memang stail lah cikgu!! Pelangi pasti, dan yakin cekgu akan menjadi cikgu paling Popular nanti! hehehe.. dan kata2 khas dari pelangi...
"kau bukan dilahirkan untuk menjadi seOrang artis zei... kau adalah seOrang CIKGU!!" hahaha:D tapi aku tetap vote kau zei!!-suNO


dan pelangi ingin kongsi sebuah sajak hasil nurkilan USMAN AWANG

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Pegawai yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!


TERIMA KASIH CIKGUU!!!
dari anak muridmu yang kurang nakal:)

 











Tiada ulasan:

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...