9 Mac 2010

PERJALANAN PELANGI MIRI-BRUNEI-LIMBANG-BRUNEI-LAWAS


haluu..hai hai hai hai... hai kawan-kawan fb, kawan2 GENGBLOGGER, kawan2 OFISKU..KAWAN2 yang membaca..terima kasih sbb sudi baca rapuan pelangi..:)

aduhai. jerebu kat miri tak habis2 jer... sesak nafas.huh.. pelangi pon tak muncul2..mentari jer ade..tu pOn kelabu asap... yesterday, pelangi balik dari kampung, kat LAWAS, salah satu daerah kat sarawak, kat hujung sekali, sebelah sabah... mmg kurang glemer daerah itu. tapi akan glemer lah lepas ni..hehhehe. otw balik miri, malam tu, kira2 jam 8 malam la, melimpas lah kat area Kuala Baram, no wonder lah jerebu, rupa2 nya ada pihak yang membakar suatu kawsan lapang! hah!! mereka ni mesti nk buat ladang... trok sungguh manusia itu... ha, ni pelangi sempat tangkap gambar pembakaran tu..
memang betul kata karam sing walia,

TERBAKAR HUTAN NAMPAK API NYA~ TERBAKAR HATI XDA ORG TAHU~


kebakaran area kuala baram miri..(kawasan lapang tepi2)

marah betul pelangi...dah lah dh dekat sebulan tak hujan, bakar lagi hutan! lagi terbakar hati pelangi tengok pembakar di depan mata. hmmm..harap pihak berkenaan ambil tindakkan yerr..selamatkan bumi ini. ok lahh..pelangi citer cket mengenai perjalanan ke Lawas. dah hampir setahun pelangi tak balik kpg.. dan sempena kazen pelangi kawen ni, teringin pulak balik.. besa nya perjalanan ke Lawas hampir 5,6 jam..yang lame nya biasa lah berbaris kat tempat cop2 pastport.. hari tu, pelangi dan keluarga bertolak jam 11 pagi dari Miri..


byk stesen2 yang perlu dilalui..antara nya ialah~ hehehe.. stesen minyak..ofcoz la nk isi minyak, kasi full punya.. pastu, jalan~ smpai ke stesen sungai 7,



sempadan Brunei dan Miri.. perlu cop pasport, pastu isi borang kenderaan.kat setiap stesen ade 2 stesen, satu kastam dan imigresen Brunei dan satu lagi malaysia.

ok, selepas stesen pertama.. lambai2 cket kat polis jaga gate tu, pastu jmpa lah sign board ni...kat brunei, nama kedai, sign board, sume ade pakai tulisan jawi, tak kira lah kedai cina or dll.. dan yang menariknya, kat tepi2 jalan tu, ada lah sign board yang ade zikir kepada Allah, seperti ALLAHUAKBAR, ALHAMDULILLAH, SUBAHANALLAH. sgguh menarik, tak sempat pelangi ambik gmbr. smbil2 drive tu, ada jugak mulut automatik baca, menambahkan pahala.:)



teruskan perjalanan, dah smpai dh kat area brunei... limpas kuala belait.. perjalanan sedikit bosan, kerana hutan2 jer kat tepi2. kawasan bandar jauh lagi kat dalam. pernah sekali pelangi dan famili sesat masok ke Bandar Seri Begawan.huhuhu. nasib baek dapat keluar.kalau tak, jadi warga brunei lah pelangi...hee..lepas kejadian dulu tu, lame dh tak g kampg kat lawas tu..ngeri tau, bayang kan lah, sesat di negara orang, pelangi dgn mak, n kakak jer, pompuan sume, malam2 lagi..ngeri sungguh. tapi kejadian tu, ade hikmah nya. yer la, dapat la tgk2 bandar brunei, tgok istana soltan brunei..cantekkk... memang cantek bandar brunei.. tapi masa tu, pelangi tak dapat menghayati keindahan brunei disebabkan kenebesan yang tak terhingga.fuh~

ha...ini lah rupe , masjid brunei pada malam tu.. yang ni pelangi cari kat yahoo..tapi lebeh kurang ni lah gmbraan keindahan salah sebuah tmpat pada malam kejadian.



ok..blum smpai lagi ke destinasi..lepas jer stesen pertama, jmpe la tol brunei. mesti bayar pakai duit brunei tau..RM3. be4 pegi tu, ready2 lah duit brunei.



stesen ke 2, Kuala Lurah.





mesti lepas kastam dan imigresen Brunei dan Malaysia. baru lah teruskan perjalanan. bercakap pasal ni, pelangi puji betul lah pihak imigresen Malaysia, kerana sistem dah upgrade, mereka guna scan jer kat pasport, tak main lagi cop2 yang melambatkan. manakala pihak brunei masih lagi guna cop2. perlu di upgrade tu~
dan soalan yang biasa di tnya kat stesen2 tu,
"kan ke mana kitak??"

miri~

"apa barang di bawa??"

ha!!

(soalan biasa pihak kastam tnya..dan soalan itu pelangi rasa tak sepatutnya ditnya. yer la, mesti lah org cakap bawak bju jer, ttak kan sebut bawak ketam, ikan masin, bju kotor utk di cuci, kerepek, buah..kan byk... tapi kalau org tu tipu, walaupun bawak pistol, dadah??? dia cakap bawak baju.. ha.. kan bahaya..)






dan sememang nya pegawai pemeriksa pasport pemalu org nya, hanya menghulurkan tangan, mengambil dan memberi pasport sahaja. tangan sahaja keluar tanpa suara..kalau boleh, mereka nk ttp suma tingkat, lubang2, tak nk muka nmpak..baik pakai topeng trus. kan..cuba la buka skit, ada suara, say terima kasih, hulurkan senyuman manis. dan bukan sekadar tangan yang panjang yang tiba2 keluar.. ok???

ok..

lepas dh kat stesen ke2, sampai dah kat Limbang, salah satu daerah kat Sarawak. bandar limbang kecik jer, tapi lebih besar lagi daripada Lawas. Ape yang best kat limbang?? emm.. ntah lahh.. ape yer?



aha..mesti lah kat tamu limbang, yang ade, ikan tahai (sejenis ikan kecik yang di salai, keras dan rangup) lokan..kerepek, keropok. murah2 jer..asal pegi limbang jer, mesti pesan ikan tahai..

tamu limbang



makcik jual lokan..sedap2222..baru makan tadi.~yum2



lepas berehat sebentar kat limbang, kami teruskan perjalanan..

tiba lah kat stesen ke3, sempadan Limbang-Brunei. seperti biasa.cop..cop..cop.. kalau kena time cuti, memang baris pjg. ade la dekat sejam berbaris. tapi nasib baik hari tu clear jer..



sila beratur..ke lambatan tukang cop memaksa pelangi utk ambik gmbr.heheheh




pas lepas stesen 3, jmpe feri, feri tu byr RM10 utk kereta. tu pun feri tok jalan hanya menyemberang sungai yang tak berapa besar.huh, buang duit sgguh.. perlu di bina jambatan




sampai lagi ke kawasan Brunei, dan line telefon pun bertukar. DST-COM. hati-hati jika anda SMS rakan anda.kerana akan di caj RM2..hehehe.



lepas Brunei, cam besa, lagi kena check kat stesesn ke 4, sempadan Brunei- dan Lawas. dan utamakan bahasa melayu~



lepas sume, jmpa la feri lagi. bayar RM8. alamak..bila la nk smpai..

sabar...

lepas jer feri, smpai dh kat area lawas..tapi blum lagi smpai ke kpg.jauh lagi. ade dlm sejam lagi.dari bandar ke kmpg, ambil masa sejam.jauh lagi..

dalam perjalanan ke kpg, ade jugak la pembakaran kat cni.ingatkan kat miri jer ade..dan Lawas sgguh panas.

aha..sebelum nk abis ni, nak cite lah kejadian kami masa nk balik Miri, ada ka patut pasport kami tidak di cop oleh pihak yang mengecop, jadi tak leh lepas lah kat stesen Kuala Lurah tu, terpaksa turn back kat stesen be4 tu, ambik masa 3 jam pulang balik ke stesen tu,,fuhh..rumah terbakar nmpak asap nya, hati terbakar siapa lah yang tahu!! moral nya di cni. moral nya di cni,

CEK DULU PASPORT ANDA SEBLUM MENINGGALKAN STESEN IMIGRESEN

aha

ha...smpai dah kat kpg.. kelihatan meriah sungguh kat kpg..fuhh~ sambung lah kat entry seterusnya, mengenai adat istiadat perkahwinan di lawas/brunei/limbang dan sekali cerita cinta ku tertinggal di SABAH BAH~


*kenyit mata*

babai~









3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada tak transport awam dari airport brunei ke Limbang?

pelangi mentari berkata...

sori lambat..ada dah.. bas.. dari miri-brunei-limbang-lawas-kota kinabalu pun dah ada... ;)

Unknown berkata...

As salam..
;0 datang lah lagi kt limbang mun maok ikan tahai...

Nurkilan Pelangi Nok latest !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...